Awal pagi semalam, kami dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda salah seorang dari Squad ObGyn. Diharapkan beliau tabah dengan takdir dan dugaan Allah ini. Semoga beliau dan keluarga redha dengan pemergian Allahyarham dan Al-Fatihah.
Move along, pagi tadi dalam pukul 10 kami bergegas ke Dewan Syarahan HRPZII untuk menghadiri sesi perjumpaan bersama pensyarah-pensyarah yang datang khas dari MSU iaitu Papa Karim dan Dr. Tahir. Adapun kehadiran mereka adalah untuk menerangkan perihal thesis dan mendengar permasalahan lain yang berbangkit.
Perbincangan agak hangat dengan pelbagai soalan dan kemusykilan yang diutarakan. InsyaAllah segala permasalahan ini akan dipanjangkan kepada pihak berwajib.
Walaweyh...sungguh skema entry ini. Oklah, disebabkan aku sangat busy marilah kita mengamalkan konsep 'a Picture Paints a Thousands Words' ye...malas nih
No comments:
Post a Comment