Few days ago, kitorang terpaksa (<--mind you, protest) join MO teaching session di Dewan Seminar, Ibnu Sina, where we often ada kelas dengan O&G specialist. Last time kitorang berempat (sapa lagi tiga? Pegi google) tak sempat join sebab ‘busy’ kat wad masing-masing. Kali ni disebabkan MO wad 24 Dr Azie pun ada sekali, nak tak nak kenalah pergi juga. The topic of the day was Partograph. Phew, no wonder lah Encik Doremon call suruh datang kelas, ni mesti pasal dia tahu group kitorang dah belajar pasal benda alah ni.
We decided, since she is our case, why not use the opportunity to follow her to the OT. Masuk labor room, (more like labour hall) report kat sister in-charge dan kitorang dibagi satu fail Labor Room Protocol untuk dibaca dan difahami. Kitorang mintak jugalah tag yang dikecoh-kecohkan kena dipakai dalam labor room tersebut. Tapi sister tu cakap, since kitorang dah ada pas pelatih dan dibawah kebenaran Ketua Jabatan, tagging tu tak perlu pon. Diulangi
“TAGGING TU TAK PERLU PON!”
so tak payah buat drama itu ini. MO in-charge tak bising, sister tak bising, diorang je yang kecoh. (<-- matilah readers tak paham motif amukan ni)
Sementara menunggu patient dibawa masuk labor room, kitorang bacalah protocol itu (more like skimming) walaupun hati ni dah tak sabar nak masuk OT Zamrud yang exquisite tuh. OT nih tak bley masuk ramai-ramai, max 2 orang jer. Tunggu punya tunggu, patient tak masuk-masuk jugak. Heran, tadi masa buat PE cam tak menyempat-nyempat nak hantar masuk OT. Kitorang call kat member yang stay kat ward, diorang kata, patient dah dibawa masuk ke OT. Aik? Sah-sah diorang guna jalan lain bawa patient masuk OT sampai boleh bypass kitorang. Kitorang pun hurry ke OT Zamrud. Sah, patient dah ada kat dalam.
Lepas tukar baju ke blue scrub, kitorang masuk, introduce diri dan sign buku. Sementara tu tunggu bersama patient yang tengah nervous untuk masuk OR. Sempat juga tengok patient yang dah siap surgery sebelum ni yang tengah in-recovery. When the time come, kitorang join to push the patient trolley into the OR sambil tenangkan kakak primigravid tu. Masuk-masuk je, gi introduce diri dengan scrub nurse yang tengah gowning yang kitorang sangkakan Surgeon, siap panggil dia doctor lagi. Hapada?
To cut short, surgery pun bermula. At first kitorang observe dari jarak lebih kurang satu setengah meter. Surgery CS ni tak banyak guna diathermy pown, dia guna scalpel dengan selamba. Tapi retractor dia agak besar lah, ketar-ketar doctor yang assist nak tarik benda alah tu bagi besar surgical field. Bila dah potong uterus dan artificially ruptured the membrane (ARM), surgeon tu grab the first limb yang disangkakan kaki, rupa-rupanya tangan. Bila tengok liquor ada thick meconium stain, dia cepat-cepat sumbat balik tangan tu masuk dan blindly search for fetal legs. Keadaan sedikit cemas. Dapat je leg, terus dia tarik keluar dan letak baby sementara nurse clamp dan cut the cord. Baby tu dah terberak-berak waktu dikeluarkan dari uterus. Fetal distress rupanya. Like any case of asphyxia, defecating and urinating dan ejaculating (in adult male) were among the parasympathetic mechanism yang triggered (<-- learnt from Forensic Serdang), so same goes to the baby yang lemas dalam womb yang dah termed + 3 days tersebut.
The neonate adalah baby boy 3.15 kg yang berjaya memekak dengan sempurna. Bila placenta dan membrane selamat dikeluarkan. Masanya untuk closing up. Tengah surgeon suture, tiba-tiba dia bersuara “Anything to ask? No point if you just come, stand there and see me open and deliver the baby,” kitorang diam je lepas tu datang dekat. “What am I doing now?” tanya surgeon tu lagi.
“You are closing,” aku jawab dengan separa bijak.
“It’s obvious! What am I suturing?” dia tanya lagi.
Jeng! Jeng! Jeng! My un-favorite [sic] topic, ANATOMY. I was flushed. “The muscle? The fascia?” jawapan dalam ragu-ragu, refered to the white sheath kinda thingy yang dia tengah suture.
“Okkaaaay…what is the layer of abdomen?” fulamak, dia tukar soalan pulak. Soalan kurang digemari sudah mari.
“Skin, subcutaneous tissue, Camper’s and Scarpa’s fascia…” nasib baik pernah baca kat buku Surgery Tactic bulan lepas
“They are more to the lateral wall isn’t it? I mean what is this white stuff that runs from xiphoid to the pubic symphysis?” dia tanya sambil tunujuk kat benda alah tu aku dah tergabra lantas menjawab…
“Linea alba?”
“Okey, close. What is the muscle of anterior abdomen? HO would you help them.” Kali ni HO terlibat sekali, dia pun tanpa ready apa-apa terkial-kial sekali bersama kitorang.
“Rectus abdominis…” HO jawab
“And…???” part ni HO tu dah terkial-kial
“External oblique, internal oblique…” aku pulak sambung sebelum kembali terkial-kial.
“Ok!”
HO sambung “Transversus abdominis, transversalis…” dia pause. Wah kami bekerjasama seperti wonderpets.
“Correct! So what is the white stuff that runs with rectus abdominis, it even sounds like it.” HO dan kami blur sesamer.
Lastly, setelah give-up memberi hints kepada kami yang hopless nih, surgeon itu pun member jawapan “Rectus sheath.”
Sila hapal benda alah ini
Lepas tu surgeon tanya pula what is the origin of the rectus sheath. Aponeurosis bla…bla…arcuate line…bla…bla. Yang penting kitorang dah lupa apa yang Dr. Idris ajar dulu pasal rectus sheath yang siap keluar final exam dulu tu. Lepas tu surgeon tu tanya plak pasal type of breach and how to differentiate them. Haish! Lagi lah tak sempat baca. Dia pun dengan penuh kesabaran explain satu-satu dengan cepat, tak sempat nak catch. Lepas dia siap explain, dia sambung buat kerja jahit-menjahit (tailoring) tersebut.
Jam dah pukul 1. Lunch time. Lepas ucap terima kasih, kitorang blah cepat-cepat sebelum banyak lagi soalan kitorang kena.
THE END (<--anti-climax, abrupt end, aku pedulik apa, bak kata Wan, ini ‘aku punya cerita’)
p/s: ngantuk nih kul 4 pagi dah. Pengajarannya, studylah anatomy habis-habisan sebelum pergi praktikal bagi mengelakkan awkward situation seperti di atas.
No comments:
Post a Comment