Monday, March 29, 2010

Goodbye ObGyn Squad

Mohon mencadang delay buat posting The Gratitude Challenge buat sehari dua kepada sidang dewan.

Sila ambik mood lagu A. A. Bondy – Slow Parade di atas. Selagi lagu tu tak start. Jangan scroll ke bawah.





Besok adalah kali terakhir (for now) kami menjejakkan kaki ke O&G Department, selepas ni kami akan kembali ke Tanah Adat (ambik feel Minangkabau)…eh…silap…tanah asal…Shah Alam. Rindu kepada bangunan rumah kedai berwarna warni MSU memanggil-manggil ku pulang. Juga long cases, thesis, final exam forensic, viva, presentation (<--spoil mood) juga menanti bagai isteri nelayan di pelabuhan menanti suaminya balik dari Golok berpeleseran. Nanges!

Mixed feeling, rasa macam baru semalam kitorang rushing awal-awal pagi ke pejabat pentadbiran HRPZ II nak ambik pas pelatih. Siap gaduh-gaduh lagi. Macam baru semalam (<-- ayat melankolik skema) kitorang beli baldi dan besen kat Tesco dan berjemaah membeli barang dapur kat KB Mall. Macam baru semalam kitorang membohong tuan rumah kat Kg. Tapang tu kononnya kami kena pindah ke kuarters hospital sebab kena datang on-call malam. Walhal kitorang nak blah dari rumah style kongsi bangla yang durjana (lagi mahal tak berbaloi) tu untuk berada di KTC, tiada niat untuk on-call dalam senarai (well, at least not for me).

Dalam masa yang sama macam excited pulak nak balik Shah Alam, tatau sebab apa? Adakah sesiapa yang menanti? *blushing*, supervisor aku yang disayangi menanti surat tunjuk sebab tak pernah hantar apa-apa feedback kepada dia. Hehehe…ni nak praktis muka seposen nih dan hafal skrip meruntun jiwa meminta simpati dan pengertian. Yang penting sayur-mayur dah mati tak bersiram. Tan Hor Meng dan Ummi Qazrina dah kiok sebelum aku bertolak ke sini. Yang tinggal hanya rumah yang messy dan busuk kat Perdana tu hah. Still, itulah rumah ku.

Apa-apa pun…Kelantan, kau akan dirindui kami semua. Nasi Kak Wok, Kelapa Jelly, Restoran Stadium, HRPZ II, KTC, CPT, Nasi Kukus Zaeman, Pasar Buluh Kubu (a.k.a Pasar Siti Rohani) dan paling tak akan dilupakan, Restoran Tom Yam Kung Makda di Bunut Payung. Rasa aku macam dah sebati dengan tanah Kelantan ni, lidah pun dah lekat dengan lauk-pauknya (dulu komplen bukan main). Pancreas-ku juga seakan telah adapt menghasilkan insulin yang banyak.

Pastinya yang juga akan diingati adalah kenangan tinggal bersama 10 orang serumah dari latar negeri, bangsa dan ragam yang berbeza dengan harmoni penuh semangat 1 Malaysia. Bila kembali ke Shah Alam, mungkin bertemu tidak sekerap kini, tapi kenangan persahabatan dan per-housemate-an pasti terukir dalam ingatan (<-- sudah, entry emo).

Dan turut dirindui kenangan memakai white coat bersama stethoscope (yang jarang di pakai) di poket. Batapa sehelai pakaian boleh menukar pandangan masyarakat. Bagaimana pandangan para pesakit dan keluarga mereka kepada kita penuh rasa hormat dan kagum. Kita dianggap sebagai pewaris generasi perawat, walau sekadar pelajar perubatan. Kita dipanggil-panggil sebagai Doktor, ibarat doa mereka untuk kita. Pastinya di Shah Alam nanti, white coat itu akan hanya tergantung bersama stethoscope yang beredebu.

Macam baru sahaja kitorang semua menyerbu Kedai Buku Kamal untuk membeli whitecoat, torch pen, buku Clinical Medicine dan stethoscope. Macam baru beberapa hari sahaja aku membeli-belah baju kemeja dan slack pant dan tali leher dengan perasaan teruja berpraktikal. Selepas ini, entah bila lagi aku akan memakai kemeja-kemeja itu. Pastinya ia akan tersidai begitu sahaja kerana aku adalah manusia jeans dan t-shirt sebelumnya. Tiada lagi kelas yang akan dihadiri di MSU kelak. Kami adalah senior yang menanti jalan seterusnya dibuka. Bilakah dan di manakah belum tentu dan diketahui. Akankah ada yang terus melalui jalan ini atau ada yang memilih selekoh lain selepas ini, masing-masing akan membawa hala tuju sendiri dengan cara sendiri.

Apapun bagi sesiapa yang bakal menghadapi Clinical Attachment kat Kelantan ni, silalah percaya, ia langsung tak seperti yang disangka. Belajarlah dari kesilapan aku yang membuat assumption bukan-bukan. HRPZ II adalah tempat terbaik untuk berpraktikal. Tak payah gatal mulut nak sebar rumor itu ini (macam aku dulu), tak payah nak susah hati, semuanya ada kat sini.

Di sini adalah tempat terbaik (to emphasize). Kalaulah kitorang dapat posting 6 bulan macam batch yang akan datang, sangatlah beruntung. Korang semua pasti dapat belajar lebih banyak dari kitorang sekarang. Mesti korang dapat masuk banyak department macam Medical, Pediatric, Emergency etc. So janganlah risau tak semena-mena. Jangan fikir bila kena 6 bulan seolah-olah IMS saja je nak menyusahkan pelajar, takde apa yang menyusahkan selain untuk kebaikan. Percayalah. Kalau korang dah duduk berpraktikal kat sini dan still rasa macam menyesa atau tak berbaloi, mesti korang ada something wrong somewhere kat otak tu, kanser ke ape ke (bawak-bawak lah berubat).

Tak ada apa yang patut disesalkan. Korang akan balik dengan pengalaman dan pengetahuan yang baru.

Di sinilah korang akan mempraktikkan apa yang diajar dan dipelajari dulu. Di sini juga akan belajar benda yang baru. Regarding O&G, I must tell you that the clinical part of it is totally different from what you’ve been taught in university. Here you’ll start with zero. Neither of the things you’ll understand at first nor pretend in such egoistic way. Here the abbreviation was unpredictable. It knocked me silly to finally figure out that GSH was not stand for Glutathione Synthase but Group Screen and Hold instead. If you must choose, please be our successor taking pride being The ObGyn Squad. It is the most wonderful experience you’ll ever encounter. The magical and blessing of birth and living. A new world and perspective. A newfound respect. At times it triggers your mind to re-evaluate your purpose of taking medicine as your path in such ways of “Maybe I should reconsider this” or “Maybe I should choose that”.

I’m not saying being in Ortho Squad was not fun. Like I told you before, you can learn anywhere from anyone. It’s what you made of it. Please tell everyone this.

To sum it all, Kelantan is The Best, HRPZ II is The Best. O&G is The Best. I humbly confess.

WITH MUCH GRATITUDE

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...