Hari ni (Selasa), kitorang datang ‘awal’ seperti selalu. Ada kelas dan student presentation dengan Specialist berkenaan tajuk ‘High Risk Pregnancy’. Besok (Rabu) adalah giliran aku buat presentation ‘Heart Disease in Pregnancy’ berserta dengan kes study yang aku buat sebelum nih. Patient dah discharge semalam. Aku still tak prepare apa-apa lagi untuk presentation besok sebab aku ni gigih membuat blog yang lagho ini. Ni buat entry ni pun sebab tak mahu mengecewakan member yang beria-ia suruh aku buat entry ini. (<--sapa tatau)
Pagi tadi kira-kira pukul 10. Kitorang sampai ke bilik seminar Ibnu Sina tapi mendapat tahu bahawa bilik seminar sedang digunakan oleh Sister-Sister dan Specialist, dan kelas di postponed ke 10.30 pagi. Sementelahan hari ni adalah giliran Team Ward 24 untuk berada di labor room, kitorang pun pergi ke situ untuk membuang-buang masa cadangnya.
Masa masuk tu, macam takde apa-apa kes yang menarik. Banyak kes postnatal je. So kitorang pun join Junior Specialist buat round dari satu cubicle ke satu cubicle. Sedang best-best tengok HO kena ‘interrogate’ berkenaan ‘Management of PROM’ (<-- High School Prom Nite ke? Kejadah) it stands for Prelabor Rupture of Membrane, tiba-tiba terdengar suatu jeritan, more to jerkahan kuat.
“Lagi!!! Lagi!!! Lagi!!!”
Umum sedia maklum, bila ada jerkahan seperti itu di labor room, tidak lain dan tidak bukan ia adalah kes parturition hendaknya. Dengan curiousnya kitorang pun blah begitu saja ke cubicle yang meriah tersebut. Memang meriah, dengan seorang MO, HO, nurse bidan, nurse pelatih semuanya menjerkah silih berganti. Ni nak bagi semangat ke nak lemahkan semangat tatau. Kesian patient tu, kena herdik berkali-kali dengan kaki yang terkangkang seluas-luas alam menjadi tontonan U untuk Umum ramai observer termasuk nurse-nurse pelatih yang lain dan kitorang. Patient ni dah Prolonged Labor, menurut yang kitorang dengar, dia dah sejam lebih dalam active labor (2nd Stage) still baby tak keluar-keluar. Puaslah mereka ni terjerit-jerit menjerkah patient nih tapi kepala still tersangkut somewhere along birth canal. Darah dah tubik banyak bersama clorhexidine lotion yang dah bercampur darah. Bloody gore. Sampai satu tahap, MO dah give up dengan patient tuh. Patient tu mungkin dah penat meneran selama sejam setengah tersebut. Muka merah biru meneran.
“Nafas jangan putus-putus, teran macam keluarkan tahi. Teran panjang, pas tu curik nafas!”
Mak patient tuh pun dah kumat-kamit lemah terketar-ketar tengok anak dia susah sangat nak bersalin.
Di saat-saat genting, mereka decide untuk stop sekejap, dan Junior Specialist yang kitorang sungguh respect datang membantu MO di saat-saat genting. Terserlah professionalism dia sebab dia sangat tenang dan bercakap dengan lemah lembut berbanding MO yang terjerit-jerit itu. Bila dia menyingsing lengan baju kurung je kitorang dah tahu yang dia sangat pro dalam hal-hal sebegini. Alternatif terakhir adalah…jeng…jeng…jeng…FORCEPS.
Ya, inilah rupa alat barbaric itu
Setelah menerangkan secara ringkas mengenai prosedur assisted delivery kepada patient dan risk and consequence penggunaannya, LA di inject. Peneman patient itu diminta meninggalkan cubicle kerana kerja-kerja ini sangat barbaric and in-case ada apa-apa complication, bolehlah medical team ini save their own ass sebab takde relative yang jadi witness of negligence (<-- as hypothesized by me). Forcep yang digunakan adalah Neville-Barnes’ di mana bilah-bilahnya boleh ditanggalkan dan dimasukkan satu persatu dan disambungkan semula setelah kemas terletak di kepala bayi. Nurse sorang tukang check contraction, every contraction, si patient kena teran dan forcep itu akan ditarik perlahan-lahan. Sebelum itu, episiotomy kena dibuat pada direction pukul 5 dan pukul 8 bagi membesarkan birth canal dan mengelakkan perineal tear. Gunting pulak tumpul, ayoyo. Lepas dapat gunting baharu, baru boleh potong. Bila MO tarik straight ke depan, tak keluar langsung kepala baby tersebut, bila Junior Specialist yang ‘tough’ tersebut take over, senang je kepala baby terkeluar, malangnya cord melilit kat leher baby nih, so patient kena stop teran, diorang kena stop tarik dan cord itu di-clamp dan dipotong secepat mungkin. Bila cord release, kemudian, patient terus meneran untuk deliver the shoulder and the rest of the body.
“Baby flat!!!” MO menjerit sambil berlari-lari cam Marion Jones ke bilik resuscitation sambil tangan membawa baby boy tersebut, diikuti dengan kitorang dan lain-lain resus team. Kebetulan team Peads ada kat situ, maka bermulalah aktiviti stimulate untuk induce the baby to cry sambil run resus protocol. Direct suction, oxygen, heart monitoring. Agak cemas jugaklah kitorang nih bila baby still tak response, jam dah pukul 10.30. Kitorang berbelah bahagi samada nak stay sampai baby selamat di-resus atau nak blah pergi kelas. Sebab situasi ini amat menarik, akhirnya kitorang decide stay juga. Tak lama selepas tu, baby tu pun menangis perlahan, kitorang pun lega. Kitorang blah pergi ke kelas dan bila dapat tahu bilik seminar still diguna, kitorang rush patah balik ke Labor Room.
Baby dah bersih dah, dah nangis dengan sayup-sayup. Tiba-tiba MO berkata kepada yours truly ini…
“Hah! Awak bang-kan baby.”
Arahan itu ditujukan kepada aku dan Faizul. Aku pas kat Faizul, dia pas kat aku. Bagus. Lastly tanpa membuang masa, aku step-up juga. Kerana overwhelm dengan survival baby tersebut, aku pun azan-kan perlahan kat telinga kanan baby tu. Yang menariknya, ketika aku azan, baby tu memberi response pada setiap lafaz azan itu. Dia tak menangis tapi more like curious ketika baru mendengar bunyi pertama dalam hidupnya.
Yang tak boleh blah, aku di-cop sebagai bapa disebabkan itu. Hahaha… Lepas tu kitorang kembali semula ke bilik seminar untuk kelas. Lepas habis kelas, kitorang pergi lunch. Kerana begitu teruja dengan situasi di labor room tadi, kitorang decide untuk datang balik selepas lunch (which is quite rarely happened).
Pukul 1 kitorang pun berada semula di Labor Room dan waktu tu takde banyak perkara meriah berlaku. Kebetulan MO oncall adalah MO dari Ward 24, tapi malangnya kitorang macam tak dilayan. Selak tirai setiap cubicle, ada kes fixing vaginal tear, ada kes monitoring postpartum, sampai satu cubicle patient in active labor. Kitorang dah mark cubicle tuh. Sambil-sambil menunggu dia labor, kitorang melilau sekeliling dewan bersalin tu.
Sempat belajar Neonates Physical Examination dan Reflex. Diorang just test 3 refleks iaitu grasping, moro dan suckling reflex. Best juga tengok bila diorang buat moro reflex tuh. Lucu pun ada tengok baby macam terkejut.
Bila dah masanya untuk Second Stage pada cubicle yang dimaksudkan tadi, delivery pun berlaku. Yang ni tak susah sangat. Tapi ada complication yang tak diingini. Ada 3 benda yang berlaku. 1) leher baby terlilit dengan cord. 2) ada MECONIUM-STAINED LIQUOR dan 3) baby tu lahir flat jugak. Lahir terberak-berak. Meaning dia nih asphyxiated.
Nurse Bidan tuh pun jerit kuat-kuat “Doktor!!! Doktor!!! Baby flat!!!” lalu baby itu dibawa ke resus room.
On the way to resus room, baby tuh nangis plak. Tapi still not off the hook lagi. Disebabkan dia ni dah ter-aspirate dia punye meconium, suction kena dibuat. MO nowhere to be found, Peads team pun takde, hanya bergantung pada HOs yang ada.
By protocol, if ada case meconium-stained liquor during VE. Peads dan MO kena di-alertkan terlebih dahulu. Bila deliver and baby is flat, direct suction must be done first sebelum stimulate baby untuk cry so that meconium will not be aspirated to the lung causes 1) blockage for gas exchange dan 2) infection pneumonitis. Dalam kes di atas, baby ni dah nangis sebelum sempat aspirate atau stimulate.
Bila doctor Peads datang aje. Dia question and interrogate HO sebab practice yang silap. A game of blame. Dia sendiri macam tak bagi harapan kat baby tuh. Blame kemudian di-extend-kan kepada MO yang supposedly buat lunch call yang takde di labor room untuk monitor the resus protocol. Tak surelah apa yang akan berlaku pada baby tu. Yang penting for now, she is breathing and survive.
Again, kali aku volunteer. Aku qamatkan kat telinga kiri baby perempuan tersebut. By the end of the day, aku dah dicop sebagai bapak kepada dua orang anak angkat. Sepasang pulak tu. Perlukah aku buat vasectomy sekarang? Hahaha…syahdunye. Suddenly I felt that my life has its purpose. Macam tulah kot perasaan seorang bapa bila dapat anak.
Hehehe Balik rumah pukul 3. A bit shifted from the routine. That is so much situations I can take for today. Let’s call it a day. Today has been okay...(Emiliana Torrini) <--sila klik lagu tersebut di atas (wajibulghunnah)
2 comments:
everyday is a drama there...you should bring a handycam...that way, in the end of the day, you'll have your very on ER Series!!
you're right, it's a garden of drama there...but cam not allowed...it's a place of gore and explicit scene....
Post a Comment