Wednesday, January 20, 2010

Update Cukup Syarat

Update! (<--cukup ke mcm nih?) Aku tau korang ketagih lagi tak nak ngaku. Apa yang berlaku kebelakangan ini? Tadi aku terlanggar pakcik patah tangan kat kedai gift Hospital Serdang masa nak bayar paper Kosmo. Pakcik tu bengang gile, dia ngadu kat anak laki dia. Jelingan maut, tak payah cakap. Cam nak dibelasahnya je aku on the spot. Tapi sementelahan aku mendengar MP5 (ye, MP4 apa barang?), so aku buat-buat tak tahu je. Padahal earphone sebelah tak function. Siapa berani belasah, jejaka kacak yang nampak smart di pagi hari. 'Doktor' nak masuk ward cepat-cepat, banyak patient nak mati, ko setakat patah tangan lagi mo kecow. Hakikatnya, memang client-client kat Forensic tu dah mati, siap disejuk bekukan untuk di-study. Tetap juga aku kena tunggu sampai pkul 8.50 baru dapat masuk, haish!


Tadi ada MVA accident di mana muka si deceased disfigured sampai brain matter terkeluar dari telinga. Memule tu ramai gak yang cam tak berani nak tengok muke dia. Tapi memandangkan aku selalunya orang yang cepat bersiap memakai apron dan shoe protector, dan yang selalunya pertama masuk bilik autopsy, (kerana excited tengok kes baru) kenalah tatap muka beliau.


Yang belakon takot tu, meh aku tarbiyah sikit "Oh! korang gi bukak skull orang, tarik otak dia korang tak seram?"


Arakian aku ni dah berhati beku tahap ais batu, dan memandangkan aku dah in-charge ambik foto, perlukah aku takot? (<--takbur, nak kena dia nih!). Sedang aku best-best sedekah Fatihah kat dia, rupa-rupanya dia bukan Islam, boleh refund ke?


Hari ni kes sikit sangat. By sikit it means less than two = 1. <-- ko reti matematik logic cam nih?


Sebenarnya tengah tunggu video di YouTube habis di download, lambat gile ar speed dia. Sementara tu buatlah kerja amal menaip entry nih. Karang ada orang kedaung sampai mati, tak nak aku berbangga dapat COD mati sebab kedaung baca blog nih. Sesiar je aku turun naik mahkamah.


Sekarang nih, kalau tengok berita, pantang tengok cerita orang mati eksiden ke, kena bunoh ke, kena apa-ape keh, mesti nak tahu kat mana. Manalah tau kalau area-area district yang di-cover oleh Forensic Serdang, bahagia idup aku dowh. <--durjana kan?

Cam tak puas je kat Forensic nih, cam nak extend 3 tahun. Tapi mampukah Faizul menghadapinya?
Hmm...I wonder...

Kepada sesiapa yang baru add aku dalam FB tuh dan ada diantaranya telah direject berkali-kali (<--kau tak fahamkah Leman dan Tipah?) dan ada juga yang aku tak kenal, silalah tunggu sampai aku ada mood baik. Tak, aku blom ignore lagi, tunggu sampai jumlah request sampai 100, baru best klik ignore berkali-kali. Kekejaman. Teorinya mudah, kalau aku kenal kome kat luar cyberspace, maka aku accept lah korang. Tapi kalau aku tak kenal, silalah jangan request lagi. Saya ni manusia kejam. Tapi kalau yang aku pernah kenal kat luar cyberspace nih tapi tetap tak di accept bermakna...(sila isi tempat kosong)... korang nak ke aku add setakat tiga hari pas tu aku delete?


Aku bukan orang baik. Seriyes. Jangan sia-siakan waktu anda mengenali aku. Takde faedahnye. Buat sakit ati korang je. Ada sesiapa nak request untuk di-delete? Akan dimakbulkan...ke korang delete je aku dari friend list korang. Saya sangat jahat!


Aku tak tau sejak bila muka aku ni reti nak blushing. Lepas tu semua orang boleh nampak bila aku 'naik merah'. Haish, ni yang nak pegi tanning-kan diri nih. Adakah, saraf simpatetik aku ni dah melampau-lampau aktifnya. Kalau jenis blush orang tak ambil kisah takpe. Yang ni siap kena usik lagi, mana tak lagi blushing muka. Aish! Korang nih, dah aku ni keturunan Celtic, nak buat camner.


** Post ini dibuat dalam keadaan sleep debt melangkau 2 hari. So paham-paham jelah mood swing jasad seorang lelaki dewasa dalam keadaan kaku perasaan dan lebam keinginan macam aku nih.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...