Monday, January 25, 2010

A Metastasized Reflection of DEATH

Minggu ni adalah minggu terakhir kat Forensic Serdang. Macam selalu, time ni lah untuk reminisce tentang how it was the first time kitorang datang kat sini. Memula dulu, bas MSU drop kitaorang kat lobi. This was indeed my first time here so tak tahu sangat selok-belok spital nih. Tapi memandangkan kitorang tiba awal pukul 7.30 pagi, we might as well peek around the cafeteria for breakfast. Lepas breakfast, 7.45 ada announcement doa rutin, hmmm...satu amalan yang baik. I got a good first impression tentang tempat ni.

Lepas breakfast, kitorang pergi kaunter pertanyaan (ke kitorang pergi kaunter dulu sebelum breakfast, I couldn’t quite recall). Dengan optimisnya, kitorang pun berjalan turun ke tingkat 1. La…mati-mati ingat yang lobby tu lah tingkat bawah. Tapi bila difikirkan semula, bukanke spital ni kat atas bukit, mestilah ada tingkat bawah kan. Jauh juga perjalanan kitorang nak pergi Jabatan Forensic tuh. Lalu kat Pintu 6, dah tercium bau bangkai. Aduyai.

Bila sampai kat pintu depan, wah merah jambu dinding depan dia jang. Mungkin diorang punye psychological method untuk buang stigma masyarakat yang takut sangat nak pergi rumah mayat. Siapa sangka Jabatan Forensic berwarna ceria Hello Kitty.

Kitorang lapor diri kat pintu depan, baru dibagi masuk. Kat dalam agak blur jugalah tak tahu nak buat apa sementara nak tunggu Prof. Dr. Karim datang. Terserempak dengan PPP En. Hairi yang sangat mesra dan dia membawa kitorang ke bilik seminar yang menurut beliau “Akan menjadi rumah korang di sini,” benarlah apa yang dikatakan beliau.

Time passes, one time kitorang masuk bilik decomposed tu, takde langsung bau busuk. Tapi kat luar ada pula bau bangkai. Hah, mana datang bau busuk tu tak tau. Memanglah kat tepi pintu 6 tu ada tempat basuh tong sampah. Tapi bau yang kitorang cium tiap kali lalu kat situ adalah consistent bau mayat reput.

Mula-mula group aku bertugas assist kes pertama kiotorang on the very first day. Beliau adalah mayat fresh, masih panas lagi tuh. Kalau roti freshly baked tak heranlah, tapi ni mayat fresh. Tak sempat-sempat nak adapt, hah…satu mayat fresh dah kena. Sesungguhnya mayat fresh tu hanyir darahnya memanglah tak boleh tahan, darah still panas, organ pun still panas, livor mortis pun still not settled dah kena autopsy. It was quite a shock for me menggali-gali badan dia, pas tu doktor plak nak suruh kitorang belajar anatomy on the table. “Mana duodenum? Betul ke duodenum kat dalam buku teks korang tu?” kitorang pun pergilah menggodek dia nyer small intestine takdelah jumpa, panjang tu Mael small intestine. Rupa-rupanya kitorang tak lift the ‘apron’ first. By apron tu maksudnya, dia nyer greater omentum lah. Pas tu diorang suruh cari plak spleen, lepas spleen, kidney. Aku ni dah le rasa cam nak muntah cium bau hanyir. Baru teringat tips dari En. Hairi berbunyi “Tarik nafas dalam-dalam bau pertama tu. Bernafas dari hidung bukan dari mulut,” aku pun on the verge nak muntah tu gi ‘mintak nyawa’ (<-- orang Kelantan nyer term untuk tarik nafas). Baru ada rasa kurang sikit. Tapi still tak selesa nak menggali abdomen yang berkonsep ‘Hangat-hangat ‘Cintaku’ di Lubuk Tupah’ itu. Sungguh contra dengan room temp yang sejuk dengan boby cavity yang panas. There are such sensation yang macam seram-seram sejuk. Dah lah deceased tu mati MVA dengan blood oozing from his orifices. Nightmare on Elm Street sungguh cerita nyer.

For me yang tak pernah tengok orang mati kat depan mata, memang a bit shocking juga. Tapi nasib baiklah semangat ni kuat. Curiosity gets the best of me. Hah, sudahnya sekarang ni asyik ketagih nak tengok orang mati. Pantang tengok berita accident ke orang kena bunuh kat Buletin Utama ke newspaper, sungguh berharap kejadian dalam lingkungan coverage Forensic Serdang. Ko pernah rasa kecewa bila dapat tahu mangsa kemalangan kereta tersebut sekadar cedera ringan, Seman? Aku ni punyalah berharap dengan mengenggam tangan ala Chibi Usagi memanggil Pegasus (<-- kantoi tengok kartun Sailormoon dengan adik) , tiba-tiba kemalangan maut itu, bukan Serdang yang cover, tak ke ko nak bertukar jadi Shin Chan yang dikelilingi bayang hitam kesedihan. Kata-kata hikmat yang aku tunggu sebenarnya “Mayat di hantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat”, gerenti tak tidur malam aku menunggu pagi, siap senyum-senyum lagi tidur. (<-- sadis kan? Kena badi mayat ke hape?)



Sepanjang masa itulah, kitorang belajar sesuatu yang baru setiap hari. Berjumpa dengan House Officers (HO) baru setiap minggu dan macam-macam lagi. Memang best kat Forensic Serdang ni, staf-stafnya sangat mesra dan membantu. Pendek kata, cam ko nak sambung posting sampai tulang lumbar kau patah. Kalau dulu, rumah mayat tu kat dalam kepala aku adalah tempat hantu merayau-rayau, tapi kat Forensic Serdang ni, ia adalah tempat menuntut ilmu dan makan-makan-makan. Yeah! Orang syarikat keranda tu penatlah pasang setanggi nak ambil mayat semata-mata nak buang sial kan Saripuddin?

Sekarang ni, laluan dari lobi lif ke Jabatan Forensic tu dah tak terasa jauh. Bau yang keluar dari pintu nombor 6 itu dah terbiasa. Mayat tu tidaklah seseram mana hatta yang kepala dah nipis digelek loripun tetap menarik di jiwaku. (<-- wah setankah aku?)

Walaupun ada beberapa member yang rasa terganggu disebabkan mimpi dan bayangan serta gangguan yang memborgol (<-- perlukah aku guna perkataan nih) jiwa, tapi jiwa ku dan mereka yang terbujur kaku itu sebenarnya sama serupa. Dua-dua dah beku tahap Adolf Hitler (<-- sambil bercita-cita menyimpan kumis cam dia)



Lepas ni kitorang dah nak berlepas ke Kelantan untuk dua bulan straight. Wah, belum sampai lagi aku dah rasa stress. Lagi-lagi bila dah dengar keluh kesah member-member kat sana. Citer makanan manis-manis lah, orang sana ambil kesempatan naikkan harga makanan kepada orang luar lah, cholera lah, Typhoid fever lah. Nak mengadu kat TTPM, ada ke coverage diorang kat situ. Wah, camna nih, aku dah lah tak reti cakap Kelantan, perlukah aku ambik crash course? Tu lah, dulu mak aku ajak tengok citer Salam Pantai Timur aku dok melayan citer omputih, sekarang menyesal tiada guna Leman.

Sila buka page 27 chapter How to Clerk a Patient in Kelantan Language.

“Pokcik ambik nyawa nok denga skik?” maksudnya “Pakcik sila tarik nafas, saya nak auscultate.”

“Pokcik ambo nok cek batu,” maksudnya “Hehehehe…”

Pokcik what do you think about Fundemantalist and Idealist vision on how to congregate the political gap between the third world and the developed countries?”

Pakcik tu terus kena sinus bradycardia.

POST SCRIPT:

Operator Talian Kecemasan: “Apakah nombor kereta yang pakcik nampak terjunam gaung tu”
Pokcik: “Nam pak tuju ne!”
Operator Talian Kecemasan: “Yelah saya tahu pakcik nampak dia terjunam. Apa nombor plat nye?”
Pokcik: “Nam pak tuju ne! (= 6476)”
Operator Talian Kecemasan: “Ish…orang tua ni tak paham bahasa”


SEKIAN

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...