Entry ni dah ditaip lama...tapi dipost lambat...so mood anger tu dah takde dah...
Hari itu (12/01/10) selepas pagi tadi melapah dengan penuh sifat scavenger jasad seorang yang mempunyai pancreatic cancer yang mets ke mesenteric, mesenteric lymph nodes dan cistern chyli-nya. Kegigihan melapah anak orang tanpa spare sebarang internal organ kerana mencari cause of death. Simptom yang diceritakan waris tidak menunjukkan sebarang clue selain dari cardiac involvement. Tak disangka rupanya anaknya itu mempunyai tumor, probably malignant yang extensive akhirnya meninggal sebab cardiac involvement yang congestive.
Selepas itu sepanjang petang takde kes melainkan ulangan orientasi untuk sesiapa yang belum mengambilnya termasuklah dua orang housemen (housewomen) yand diposting ke Jabatan Perubatan Forensic ini untuk seminggu. Seorang dari UKM dan seorang dari UM. Mendengar IPTA mereka pasti menyebabkan kita dilanda inferiority complex yang sangat meng-humble-kan. Tapi sebagai seorang medical student yang berurethra panjang secara anatominya, kami haruslah pandai menimbangkan ego dan humbleness, walaupun terkadang hati terasa pabila salah seorang mereka berkata (lebih kurang macam ni -->) “Ntah hapa-hapa lah U korang ni hantar korang posting kat forensic sebulan,” tafsiran yang tertangkap setelah diberitahu kepada aku oleh encik Elmo sama dengan “U korang ni hampeh, korang pun hampeh, pas tu gi Forensic sampai sebulan, patutnya pergilah department lain sekali, tapi sebab korang IPTS tak macam U kitorang yang termasuk antara top 10 IPTA di Malaysia, padanlah dengan muka korang.”
Petang itu, sewaktu kakitangan bermesyuarat, kami pun ditugaskan ke bilik Mayat Decomposed untuk bermain dengan tulang. Disebabkan ada dua je set tulang, kami diarahkan untuk membahagikan kumpulan kepada dua. Bermakna Group A terdiri daripada kumpulan 1 dan 2 ditemani seorang HO dari UM dan Group B terdiri daripada kumpulan 3 dan 4 ditemani HO dari UKM. Memandangkan kumpulan aku ni (kumpulan 1) hanya ada dua orang berbanding group yang lain (tiga orang), dikomplikatedkan lagi dengan ketidakhadiran seorang dari group aku, bermakna hari ini aku seorang sahaja dari group satu (<-- kau paham?). Bermakna 1 + 3 + 1 = 5 orang. Kitorang pun mulalah membuat pertandingan berat sebelah Group A ada 5 orang dan group B ada 7 orang. Aku ditugaskan memasang vertebrae bersama encik Nis (yang terkial-kial pasang lumbar yang 5 itu). Sesungguhnya nak alignkan atlas dan axis boleh tahan jugalah sukarnya tapi akhirnya (walaupun tak ada pengalaman arrange skeleton), berjaya jugalah menyambungkan vertebrae tersebut hanya menggunakan konsep ‘whichever seems fit is fit indeed’. Tugasan kedua aku pulak adalah menyambungkan tarsal bones. Manakala yang lain arrange ribs. Tak tahu apa cerita HO dari group B, tapi HO kitorang sangatlah blur. Kitaorang jugalah yang gigih arrange. Encik Elmo asyik sindir dia “Apa ni HO?” berulang-ulang kali sehingga dia tetiba dilanda inferiority complex dan terdengar dia berkata “You guys really deserve to be here for a month,” tafsirannya begini “Aku ingat korang ni hampeh, tapi bile aku tengok korang susun tulang seperti pakar osteology dan anthropology, aku rasa cam tetiba nak tarik balik kata-kata aku tadi. Korang memang layak sebulan kat sini sebab korang terer-terer semuanya. Mati-mati aku ingat student IPTS cam korang ni hampeh belaka. Rupa-rupanya aku yang housemen IPTA ni lagi hampeh.” Lebih kurang macam tu lah.
Selepas itu group B minta aku consult susunan ribs mereka, ternyata ribs pertama dah jadi ribs keduabelas dan ribs kiri kanan dah terbalik. Ada sedikit kejanggalan dalam penyusunan vertebrae sebab ada antaranya dah hilang. Si mati juga ada dental bridge menandakan dia adalah seorang yang wealthy. See, kita boleh tahu tentang seseorang hanya melalui giginya sahaja.
Ketika MA datang nak tanya COD kitorang siap bagi manner of death lagi, cenggini “Mula-mula si mati block serangan senjata tajam dan berat menggunakan right arm sehingga ulnanya patah, tapi sempat mengenai orbit bone kanan kemudian si penyerang yang dipercayai kidal menyerang lagi kali kedua. Kali ini si mati tidak dapat menangkis dan senjata mengenai leher si mati sehingga ke C6 dan si mati mati akibat pendarahan yang teruk akibat severed right carotid artery dan jugular vein,” oleh itu COD adalah massive hemorrhage due to sharp object. HO cuma tersengih blur.
Bila terserempak dengan Mr. Boss kat pantry, dia tanya finding kitorang bersama COD. Kitorang jawab hipotesis kitorang dan ternyata Mr. Boss tak mengeluarkan classic words dia iaitu “Saya tembak awak nanti!”, dia hanya diam, bermakna jawapan kitorang betul. Yeay!!!
Sila jawab, lecturer mana yang ajar tentang menyusun tulang-temulang nih? Siapa yang ajar menghipotesiskan mode of attack? Mr. Skeleton kat lab anatomy to dikurung dalam sangkar kaca. Ni yang nak nyanyi lagu 'Sangkar Emas' nih. Jawapannya bukan ada di MSU tapi di kaca televisyen setiap hari isnin 8.30 malam ntv7 iaitu drama bersiri BONES. Siapa kata TV itu melalaikan? With the right TV program and the right episode, we can actually learn. So medical student yang lain, janganlah asyik menghadap buku. Ilmu tu boleh dipelajari dari mana-mana hatta hiburan yang lagho sekalipun.
Pengajarannya, sebagai medical student MSU third year yang ada sekarang atau akan datang. Tak payah rasa intimidated atau humble kepada medical student dan houseman dari IPTA/IPTS ternama. Mungkin kita tidak mendapat kualiti lecturer yang baik atau kemudahan yang mencukupi, ilmu itu sebenarnya ada kat mana-mana. Kita tunjukkan yang kita confident, nescaya kita akan dapat mematahkan kesombongan mereka.
Yeay! Hari itu aku keluar dari Forensic Department dengan langkah megah.
No comments:
Post a Comment