Minggu terakhir di IPR terasa bagai baru semalam kami dilanda kejanggalan hari pertama. Ketika hadir seawal pagi di lobi utama untuk melapor diri. Waktu tu, baru mula-mula nak berjinak dengan stethoscope dan kat poket terisi dengan Oxford Handbook of Clinical Medicine atau Kumar & Clark. Waktu mula-mula kita sangat peka untuk menulis segala macam benda yang baru dipelajari.
Kini hampir segala pelusuk IPR telah diterokai. Macam-macam ragam dah jumpa.
Di IPR kita telah merasakan bagaimanakah kehidupan harian seorang doktor. Sanggupkah kita menjalani hidup yang melalui rutin yang sama setiap hari sehingga hati kecil berkata “Kalau macam ni lah bosannya jadi doktor, better aku (isi tempat kosong)”. Kita telah mula merangka-rangka alternative lain sebagai simpang yang akan diambil. Ada yang akan tegar bergerak ke hadapan, merasakan inilah yang mereka mahukan. Ada yang berfikir langkah seterusnya adalah…
Selepas sebulan berkumpul bersama di IPR, mulai bulan depan (tahun depan) group akan mulai berpecah dua mengikut anatomi dan physiology memasing. Siapa yang kencing berdiri dan berurethra panjang, akan pergi ke Unit Forensic, Serdang. Sebaliknya akan dihantar nun jauh di Kelantan untuk Surgery. Huhu... maka drama pun akan bermula. Drama dan sesi penganyaman ketupat pagi-pagi dan senjakala akan menjadi kurang meriah. Semakin kuatlah rindu Nizam kat Eni. Owh…huhuhu
Hmm…apakah yang bakal menanti kami di tempat baru kelak? Semua tu akan terjawab tidak lama lagi. Group homo sapiens-ness akan memulakan sesi mereka pada ahad depan selepas travel jauh naik bas ke Hospital Kota Bahru. Yang pasti semua orang akan merindui IPR dan cermin besar di lobi tersebut. Bak kata pepatah, “You don’t know what you get til’ it’s gone” dan Mick Jagger juga berkata “You can't always get what you want.”
Walaupun ada masanya kepahitan terasa. Berselisihan sesama sendiri dan ditengking doktor-doktor, itu adalah salah satu dari pengalaman yang kita harus terima sepanjang tempoh pelajaran. Bukan sekadar akademik, tapi pengalaman hidup secara amnya. Dari sini, bermulalah detik-detik akhir kita akan mulai bergerak ke arah matlamat sendiri.
Pengajaran yang diperolehi di IPR
Ini mungkin posting terakhir sebelum masuk ke tahun baru. Oleh yang demikian, Selamat Tahun Baru Hijrah 1431, Selamat Tahun Baru Masihi 2010. Kalau korang poyo, korang buatlah azam baru. Tapi aku tetap memegang kata-kata…
Jumpa di tahun depan…
Kini hampir segala pelusuk IPR telah diterokai. Macam-macam ragam dah jumpa.
- Port mana untuk tidur? Library dan surau.
- Port best tangkap gambar? Dewan Angsana.
- Di mana untuk makan murah dan selesa? Kantin asrama jururawat.
- Tandas mana yang lebih selesa? Tingkat dua dan tandas surau.
- Ward mana yang best lepak? Ward 6, cubicle 1, bed 1 hingga 6.
- Lightbox mana yang best nak diguna? Bilik Dr. Aishah, ward 4.
- Pantry mana yang best untuk lepak? Ward 4.
- Doktor mana yang best untuk join round? Dr. Ng dan Dr. Mustafa and of course our beloved Datin.
- Mana nak beli jajan @ cekedis? Gerai auntie gemuk dan Caltex shop.
- Staf nurses paling best? Ward 6.
- Sister paling best? Semua kecuali ward 5.
- Patient paling best? Makcik Patchiamah dan Makcik Salamah dan patient saya, Surtina.
- Patient XDR-PTB terbaik (tapi dimenyampahi oleh semua doktor dan nurse)? Encik M
- Doktor yang tetiba jadi best? Dr. Chandramukhi…heheh Dr. Chanta.
- Nurse paling best? Nurse Sasi (ACC).
- Doktor paling best? Our beloved Datin Dr. Aziah.
Di IPR kita telah merasakan bagaimanakah kehidupan harian seorang doktor. Sanggupkah kita menjalani hidup yang melalui rutin yang sama setiap hari sehingga hati kecil berkata “Kalau macam ni lah bosannya jadi doktor, better aku (isi tempat kosong)”. Kita telah mula merangka-rangka alternative lain sebagai simpang yang akan diambil. Ada yang akan tegar bergerak ke hadapan, merasakan inilah yang mereka mahukan. Ada yang berfikir langkah seterusnya adalah…
Selepas sebulan berkumpul bersama di IPR, mulai bulan depan (tahun depan) group akan mulai berpecah dua mengikut anatomi dan physiology memasing. Siapa yang kencing berdiri dan berurethra panjang, akan pergi ke Unit Forensic, Serdang. Sebaliknya akan dihantar nun jauh di Kelantan untuk Surgery. Huhu... maka drama pun akan bermula. Drama dan sesi penganyaman ketupat pagi-pagi dan senjakala akan menjadi kurang meriah. Semakin kuatlah rindu Nizam kat Eni. Owh…huhuhu
Hmm…apakah yang bakal menanti kami di tempat baru kelak? Semua tu akan terjawab tidak lama lagi. Group homo sapiens-ness akan memulakan sesi mereka pada ahad depan selepas travel jauh naik bas ke Hospital Kota Bahru. Yang pasti semua orang akan merindui IPR dan cermin besar di lobi tersebut. Bak kata pepatah, “You don’t know what you get til’ it’s gone” dan Mick Jagger juga berkata “You can't always get what you want.”
Walaupun ada masanya kepahitan terasa. Berselisihan sesama sendiri dan ditengking doktor-doktor, itu adalah salah satu dari pengalaman yang kita harus terima sepanjang tempoh pelajaran. Bukan sekadar akademik, tapi pengalaman hidup secara amnya. Dari sini, bermulalah detik-detik akhir kita akan mulai bergerak ke arah matlamat sendiri.
Pengajaran yang diperolehi di IPR
- Jangan gelak depan patient tanpa menerangkan kepada mereka tentang apa yang digelakkan.
- Kalau patient kata “Nak pegi tandas!” jangan kau sibuk nak auscultate dia, kang kena lempang manja.
- Wanita yang berada di tepi tingkap itu bukan angker? Dia adalah bini pakcik itu.
- Jangan terangkan prognosis dan pathophysiology patient selagi doktor sendiri tak cakap.
- Jangan percaya sangat cakap patient.
- Gunalah buku Tally O’Connor sebagai standard book medical student di Malaysia.
- Membaca X-Ray dan CT scan tidaklah sesusah mana.
- Mantoux itu disebut ‘mantu’ bukannya ‘mentox’ atau ‘mantuks’.
- Inhaler itu bukannya oral medication yang ditelan.
- Patient yang takde TB kalau ambil TB medication kesannya sama dengan patient ada TB. Itu adalah common sense. Bak kata, kalau patient ada TB makan cili rasa pedas, sama jugalah dengan orang biasa.
- Sleep study tak buat malam Sabtu.
- Belajarlah percuss dengan berhemah.
- Apex beat itu susah nak cari. Siapa yang claim dapat cari dengan mudah bermakna dia ikut statistical location 5th intercostals space, midaxillary line. Tapi manusia bukanlah dicipta berdasarkan statistic. Look for the odd.
- A/E = Air Entry. DRNM = Dual Rhythm No Murmur. O/E = On Examination. K/C/O = Known Case Of. TRO = To Rule Out. ICT = Intra Chest Tube. Manakala SOB itu adalah...hehehe
- Kalau jadi Houseman atau Medical Officer kelak, silalah jangan kerek sangat. Specialist dan Consultant pun lebih friendly dari korang tau.
Ini mungkin posting terakhir sebelum masuk ke tahun baru. Oleh yang demikian, Selamat Tahun Baru Hijrah 1431, Selamat Tahun Baru Masihi 2010. Kalau korang poyo, korang buatlah azam baru. Tapi aku tetap memegang kata-kata…
“Start by realizing that you have the power at any given moment to change anything in your entire life simply by DECIDING TO DO SO”
Jumpa di tahun depan…
No comments:
Post a Comment