Thursday, December 17, 2009

Ini Adalah Hari Yang Baik, Tahun Baru Yang Baik


Hujung tahun 1430 Hijrah ni adalah pengakhiran tahun yang baik. Banyak benda yang best berlaku. Tapi yang paling best adalah kemenangan Malaysia mengatasi Vietnam dalam perlawanan bola sepak akhir sebaik sahaja masuknya 1431 Hijrah.

Walaupun sekadar dapat pasu, tapi yang lebih bermakna adalah ucapan tahniah dari Mak dan Bapak. Romeo dan Juliet berdua itu mempunyai kuasa telepathy yang hebat. Call pada waktu yang sama. Mak call dari rumah. Bapak pula call sewaktu on the way balik kampung (<-- besar lesen bapak aku ni, dah lah drive keta cam pelumba Nascar).

Yang lucunya, baru je nak tekan butang answer call dari mak, call bapak masuk overlapping. Bapak call sambil drive (<-- jangan tiru aksi ini), so dia tak boleh cakap lama-lama cuma 35 saat jer. Lepas hang up, tekan answer untuk jawab call mak plak. Mak aku macam biasalah persoalannya. Aku kena ulang berkali-kali jawapan bagi soalan yang aku dah jawab pasal praktikal. Rekod giler aku borak ngan mak dalam telefon selama 9 minit. Biasanya, tak sampai 2 minit. Aku memang tak tahan bila mak start guna moto “Mak doakan kau berjaya, cemerlang, gemilang, terbilang sentiasa,” yelah mak aku peminat Tun Abdullah Ahmad Badawi. Aku amin kan. Doa ibu tu, makbul sangat.

Mak aku belum hint-hint lagi cakap “Mak doakan ko bertemu jodoh yang baik,” so paham-pahamlah maksudnya mak aku belum sedia nak bermenantu. Kalau dia nak sangat pun, pi suruh abang aku kahwin dulu. Biarlah mak dan adik perempuan aku, Nana je wanita dan perempuan penting dalam hidup aku masa ni.

Beberapa hari lepas, Nana SMS bagitahu yang dia dapat nombor 3 dalam kelas tingkatan 2 sekolah menengah agama dia tu. Alhamdullillah. Siap tagih hadiah kat aku sebab aku cabar dia masa dia dapat nombor tak best masa form 1 haritu. Hmmm…nak belikan ape ek?

Tak cukup dengan tu, dia minta aku add dia kat Facebook. Hehehe…lepas nih, meh sini aku nak sekeh budak mana nak ngorat adik aku kat FB tu.

Bila mak saya jegil macam nih, bermakna kau harus bentang sejadah.

Habislah lepas ni aku kena berbudi bahasa dalam Facebook. Sebab kalau kat rumah dengan family, perkataan paling keji yang aku pernah cakap adalah ‘monyet’ dan ‘pemalas’. Trylah cakap ‘bodoh’, nescaya melayang sudip dari dapur hinggap ke rusuk kiri. Tak cukup dengan tu, kau harus membuka sejadah sambil mendengar mak berkhutbah bertajuk ‘Kepentingan Penggunaan Bahasa yang Elok di Rumah’ (yelah, mak kan cikgu bahasa Malaysia)…pas tu ko nangis insaf dan bermuhasabah. Tatabahasa mesti sopan, sebab mak aku selalu cakap sejak kecil lagi, “Cakap benda elok. Kalau mak dengar cakap tak baik, mak cili mulut,”. Sewaktu Nana lahir, mak emphasize lagi kata “Jangan cakap benda tak elok, nanti adik ikut,” So kalau kat rumah, vocab aku automatic tukar jadi vocab orang mulia. Kat Shah Alam ni jelah aku best marathon menyembur-nyembur, kat rumah ko simpan tatabahasa keji tu dalam Broca’s dan Wernicke areas. On the way balik Semenanjung, ko seranahkan pakcik yang suka tendang seat ko dari belakang kat atas flight tu untuk melepaskan segala ketagihan.

By the way…

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431. Salam 1 Muharram. Meh baca doa



No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...