Sunday, November 08, 2009

Subjek & Predikat 3


Situasi 13

Percubaan menipu diri

Berlakon dan meniru

Menjadikan kita hitam

Bergerak tak berbunyi

Berentak tak bertari

Kerana teriknya sang mentari

Kamulah peniru hitam

Bernama bayang-bayang

Menjelma dalam cahaya terang


Situasi 14

Siapakah kamu…

Untuk bertanyakan soalan itu?

Begendang-gendang menunjuk rasa

Dari kata-kata bukan kau empunya

Hanya kerana terfikir

Untuk memiliki

Perlu berdiri…sama tinggi

Sedangkan kau hanya seorang penari

Dengan dua kaki kiri


Situasi 15

Ada suatu garis parallel

Membahagi…

Antara kau dan aku

Garis yang di suatu hujung di belakang…

…adalah masa lampau pertemuan

Dan yang jauh di depan…

…kenyataan

Kau dan aku…

Tiada istilah satu

Kenyataan yang terubah

Hanya saja jika Tuhan yang mahu

Hanya saja jika kau tahu

Antara garis membahagi kau dan aku

Tiada angin menderu

Bintang tak berlagu

Kata tak bersahut

Cinta tak bersambut


Situasi 16

Aku dan bulan

Tatkala malam

Bercerita kerusuhan

Dia…pertanyakan tentang bumi

Aku…persoalkan graviti

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...