Wednesday, October 07, 2009

Tentang Filusuf (About Philospohy)


I wonder should death be the knocking guest or the barging in intruder?

Will it care to wait?

Then again I should don my best suit to welcome it?

After all, it’ll be my last earthly possession there is.

So I can walk and say to it “I’ve been expecting you, let’s go”

Only to figure out that it go to the wrong house


Ditranslasikan kepada,


Adakah maut patut hadir seperti tetamu yang mengetuk pintu atau sebagai penceroboh?

Sanggupkah ia menunggu?

Seharusnya aku memakai pakaian terbaik ku

Lagi pula, ia akan menjadi kepunyaan duniawiku yang tinggal

Agar aku bisa berjalan dan berkata padanya “Aku sedang menantikan mu, mari pergi!”

Hanya untuk menyedari bahawa ia pergi ke rumah yang salah

Ayat-ayat di atas pernah aku utarakan sebagai status di Facebook. Pelbagai persoalan berupa kebimbangan mungkin berlegar di minda sesiapa yang terbacanya. Mungkinkah aku ini sedang menduga kehadiran ajal? Atau adakah aku ingin menjemputnya sendiri? Persoalan ini kiranya hanya mengundang tawa padaku. Terfikirkah mereka bahawa aku sedang berkarya suatu falsafah kematian?

Ayat-ayat ini adalah suatu keindahan bahasa ilham dari Azzawajalla. Baris pertama mempersoalkan “Adakah maut patut hadir seperti tetamu yang mengetuk pintu atau sebagai penceroboh?”. Di sini ada permainan symbolism lumrah kematian. Maut bisa hadir bagai tetamu yang mengetuk pintu, atau dengan kata lain atas sebab penyakit atau penderitaan yang terminal. Si pesakit tahu ia akan datang, kerana ia telah ‘mengetuk’ pintu memberi signal atau tanda terlebih dahulu. Cuma masanya sahaja belum ditentukan. Ataukah maut itu akan hadir bagai si penceroboh? ‘Penceroboh’ dalam konteks ini membawa maksud, sesuatu yang hadir tidak disangka-sangka, tanpa bersedia. Kematian seperti ini mungkin akibat bencana alam, kemalangan atau sebarang sebab yang menjadikan kematian itu suatu yang tiba-tiba tanpa diduga.

Baris kedua bertanyakan “Sanggupkah ia menunggu?”. Suatu permainan kata paradoksisma. Telah diketahui bahawa kematian itu tidak akan menunggu walau sesaat atau diawali walau sesaat. Makanya aku pertanyakan lagi, adakah ia sanggup menunggu untukku? Kenapa ia harus menunggu? Ia membawa kepada baris ketiga.

“Seharusnya aku memakai pakaian terbaik ku” ia sekali lagi suatu simbolisma berupa self-reflection (refleksi diri) di mana ‘pakaian’ itu sebenarnya adalah amal dan bekalan untuk di bawa ke alam kematian. ‘Pakaian’ juga simbolisma untuk perlindungan. Terlindung dari panas, sejuk dan keaiban.

Seterusnya “Lagi pula, ia akan menjadi kepunyaan duniawi yang tinggal” membawa maksud hanya amalan di dunia sahaja yang menjadi kepunyaan atau bekalan yang tinggal untuk di bawa ke alam seterusnya.

Agar aku bisa berjalan dan berkata padanya “Aku sedang menantikan mu, mari pergi!” bermaksud jika kita telah benar-benar bersedia dengan ‘pakaian’ terbaik kita, kita akan menghadapi kematian dengan tenang. Kerana bagi kita ketika itu, kematian hanya suatu perpindahan dari satu alam ke alam yang lain. Jika kita punyai pelindungan, maka kita akan bersedia.

Dan ayat terakhir berbunyi “Hanya untuk menyedari bahawa ia pergi ke rumah yang salah”. Perkataan ‘rumah’ ini berbalik kembali kepada persoalan ‘tetamu’ dan ‘penceroboh’ pada baris pertama. Membawa maksud, kematian yang disangka-sangka itu sebenarnya suatu ‘false alarm’ atau kesilap percayaan. Di rangkap akhir ini, aku menggunakan humor sebagai penutup. Humor begini dipanggil ‘black comedy’ di mana ia adalah sesuatu yang lucu untuk kita ketawa dalam masa yang sama kita turut merasakan ‘grim’ atau seram. Di rangkap baris akhir ini, si pembaca akan merasa bahawa segala kebimbangan dan mancarasa yang tercetus pada rangkap-rangkap sebelumnya telah dipersendakan dengan suatu akhiran yang tidak disangka-sangka. Sekali lagi, paradoksisma (paradoxism) atau kontradiksi (contradiction) digunakan menanyakan apakah mungkin tanda kematian itu atau kematian itu sendiri hadir kepada orang yang salah. Setelah seseorang itu benar-benar bersedia untuk pergi, rupanya masanya belum tiba lagi.

Now people, that was what I call real literature. Simple words, straight-to-the-heart, no-brainer, sincere and the connotation will never be lost in translation. It retains it gripping value and nuance no matter how you say it or on what language modality. Real masterpiece will never lose its worth. Talk about egocentrism.

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...