Blank Slate versus White Paper which is the purest and innocent of two?
Sebenarnya tiada banyak perkara mahu dicerita. Bersenandung masa lampau terkadang membuatkan kita ibarat terkebat pada keadaan dan udara penuh nostalgia. Berada di rumah serasa sayang untuk melangkah keluar. Ia bagaikan lubuk kehidupan bagiku. Tidur, jaga, makan, minum dan segalanya berlaku di sini.
I’m a Cancerian, with a hard shell to shelter my soft flesh. I build my home and walk with it on my back. I hate confrontation so I walk sideway. But I fear not when cornered, cause my pinch are not large for exhibition. It was given to inflict pain. Fear not the ever-changing current, cause I walk on land too.
Minda ku kini terbahagi dua, fantasi antara tidur-tidur kelewatan dan jamuan minda yang berperangan. Terlalu banyak yang ingin ku lakukan dan terlalu leka untuk memulakan. Terkadang kerja terhenti setengah waktu, perut pula berkeputungan meminta diisi. Aku mahu bikin itu dan ini walau ternyata yang siap hanya tidur dan mimpi. Berlanjut-lanjutan pula mimpi di pawagam gerakan mata rawak (REM) kitar demi kitar dan terjaga melihat waktu yang sangat lewat. Tiada pula mahu bangkit malah berterusan melayan nafsu kepenatan yang menyembunyikan realiti kemalasan. Ternyata kita manusia yang suka berpura-pura. Idamkan cita yang terlalu besar untuk dipikul di bahu sedangkan usahanya hanya sekadar mimpi dan perasaan serta lagak kemahuan. Mahu menggapai bulan sedang kita hanya berlagu-laguan mendayu bersama pungguk.
Mimpi petang tadi juga suatu yang aneh. Aku dan rakan berlepas ke Marikh dan seketika singgah di bulan melepas lelah rasa. Setiba di Marikh untuk mengambil sampel tanah dan batuan sempat jua mencoret kata-kata pada tanah gersang itu. Ternyata ia hangat kerana sejarak matahari ke Marikh bukanlah seputar paksi bumi. Makanya sampel yang diambil adalah pada daerah bayang, tanah yang tidak dijamahi cahaya suria. Lalu setelah itu balik semula mendapati minyak kapal angkasa sebenarnya telah hampir habis. Sudahnya setengah perjalanan di angkasa akhirnya terawang antara ruang bumi dan jagatraya. Kemudian REM berhenti dan aku merenung jam kembali. Oh, terlalu lewat bangunku hari ini. 5.44 petang
Antara yang diulang-ulang kerana kepala pada pagi itu dipagut mengantuk. Kitar tidur telah bertabur. Gelap malam tidak mencetuskan mengantuk untuk dipupuk. Hanya sinar mentari pagi dan keriuhan aktiviti manusia menjadi lagu tidur yang melemahkan.
Terasa rutin seharian begini, andai tidak perlu risau pada masa hadapan, suatu yang terdambakan. Bermalas-malasan tanpa perlu kerisauan. Tapi otak juga menjadi kosong dan mati. Terikat pada rutin suatu yang aku benci. Sebab itulah aku sehabis mahu mencuba melakukan apa saja dalam waktu yang tidak terisi. Ternyata kitar siang itu singkat dan malam yang panjang. Manusia di ranjang.
Kita manusia mimpikan semuanya mudah kerana tidak terbiasa susah. Tidur itu juga andai tidak mengantuk adalah suatu perang antara kemahuan dan keperluan. Kalau tidak kerana masa dan kemarukan harta, manusia hanya perlu bersemayam di atas genta. Tidak perlu risau akan siapa yang lebih kaya atau siapa yang lapar. Kehidupan termotivasi dengan perjuangan mencari kesempurnaan hidup. Harta dan darjat serta sanjungan menjadikan kita manusia yang mabuk pada nafsu yang kita sadurkan atas nama cita-cita.
Oh tidurlah sahaja. Mimpikan esok adalah suatu tabula rasa untuk kita mulakan semula.
No comments:
Post a Comment