I was alone at home during the Raya break when everyone else is in their hometown. I was laughing crazily watching Friends back to back. I smelt something bad. It wasn’t me. It was something else. I just wanted to get rid of that smell.
Aku tak berniat nak betindak sejauh ini, tapi semuanya telah berlaku. Apa nak dikesalkan. Terimalah semuanya sebagai ketentuanNYa. Bau tu takdelah kuat sangat tapi menganggu aku yang tengah konsentret tengok marathon citer Friends (gila kau, raya-raya ni tengok citer Friends, bukannya study pown). Dah dua hari bau tu ada tapi aku tak tahu mana puncanya. Adakah bau itu disebabkan jembalang yang buat tahik kat dalam rumah. Mentang-mentanglah mereka baru terlepas bebulan Syawal ni.
Aku fikir bau tu datang dari dapur. So aku pun sental lantai dapur tu. Habis bertempiaran semua lipas dan cicak. Yang tinggal hanyalah taik-taik mereka. Dengan dinding yang berlumut dan berminyak, terasalah selama ini aku hidup dengan konsep teramat filthy dengan slime and grime.
Beres satu kerja. Bau tu still ada.
Sudahnya aku sapu dan mop lantai satu rumah. Dah setahun tak mop. Kotor dan melekit semacam. Patutlah tapak kaki aku selalu itam. Chet!
Tak cukup dengan tu, aku bersihkan kipas pulak. Mak aih, kipas tu dah setahun tak bersih, habuk menimbun boleh buat medium tanaman. Hitam bukan main, kalah kopi si Belalang tu.
Beres. Bau still ada gak.
Aku pi bersihkan pulak tingkap dapur. Ntah apa kene-mengena tingkap tu dengan bau busuk, cam tak logic je. Tingkap tu, semenjak aku masuk rumah ni sampailah sekarang belum pecah dara lagi. Maksudnya tak disentuh sesiapa. Habuk kat besi tingkap tu bila aku tuai dapat dua genggam, kalaulah boleh dibuat sambal, nescaya aku sedekah kat jiran sebelah. Dah habis tuai habuk kat tingkap menggunakan jari bagai mengutip cendawan lagaknya (aku tak guna penyapu sebab penyapu basah), maka aku pun mulakan proses menyental. Agaknyalah walaupun aku tak pergi gym, biceps and triceps aku tetap akan mantap menyental
Beres jugak kerja ni. Tapi, bau tu still ada jugak. Hanjeng…
Dengan tangan yang dah cam tak rupa tangan, aku gi kerjakan bilik air pulak. Dari mangkuk tandas sehingga lubang curah, semuanya aku sental dengan sabun dan Clorox. Maka gugurlah segala fungi dan lime yang melekat kat dinding bilik air itu.
Keja ni pun beres. Tapi bau puaka tu masih ada lagi. Mistik betul ar bau tu.
Aku pun dan gibap (give-up). Penat gile satu hari mengerjakan rumah. Aku tengok rumah aku bersinar semacam je. Lantai tu dah same dah cam iklan Fabuloso. Cume jiran aku takdelah datang berbondong-bondong gi curi-curi hidu bau kat luar rumah. Sebabnya aku tak guna Fabuloso, aku guna Clorox dan Sleek jer. Bila pasang lampu je, wah boleh nampak bayang-bayang kat lantai. Jimat letrik dowh, ada sistem pantulan cahaya dari lantai. Pasang kipas pulak, mak aih laju cam kipas helicopter. Kalau dulu aku tidur bawah kipas ni, rasa better-lah aku depends kat angin dari anjung berbanding kipas tu. Sekarang ni kalau ada Marilyn Monroe kat rumah ni, mesti kain dia asyik terangkat je cam pose klasik dia tu.
Tapi yang paling best, walaupun bau tu tidak diketahui asal usulnya, tetiba rumah aku bersih semacam. Aku telah membersihkan rumah tanpa niat…oh tidak!!! Lepas tu, aku terbongkang tak sedarkan diri di bawah kipas yang berputar kuat. Entah bila lagilah aku nak bersihkan rumah ni, nak istiqamah buat tiap bulan, sudahnya asyik aku jelah yang bersihkan. Makhluk yang lain kat rumah ni, mengamalkan konsep penagih dadah. Pengotor.
No comments:
Post a Comment