Thursday, August 06, 2009

Snippets 14

Updatelah Sebelum Anda Di-Updatekan

Sebenarnya takde bende menarik sangat nak cerita, tapi untuk memenuhi tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa (<-- luhur tul budi pakcik kan?) makanya pakcik pun update lah jua blog ini. Kerana pakcik paham perasaan readers pakcik yang tak ramai tu betapa kecewanya kalau kita buka blog page orang tetiba entry nyer tang tu jugak, berkepam bau asin. Kira macam bersawang dipenuhi dengan sarang labah-labah, mengkarung dan agas (<-- nama pun website kan?). Antara contoh blog site yang entrynya diupdate sebulan sekali atau mengikut adanya gerhana matahari adalah ini KLIK SINI dan ini KLIK SINI.

Tapi lebih sedih kalau blog page tu mengamalkan sistem macam ni KLIK SINI, ni patut tukar daripada BLOG PAGE kepada BLOCK PAGE. Tak ke ko nak nangis Melah? Ni yang nak pasang lagu feeling ni. Meh karaoke bersama. Lagu tak habis ko jangan scroll bawah…

Apo laie Aman, click lah video tu.




Bertepatan sekali maksud lagu ini terhadap individu yang mempunyai blog di atas. Pakcik sangat MENARUH HARAPAN diorang ni update blog, tak pun bukalah blog itu untuk public. Kalau tak nak buka untuk public, betterlah kau tulis kat diary jer coretan kisah hidup itu. Sulit dan Persendirian sangat ke ceritanya? Ada tak macam USA Ministry of Defence nye database? Ni asyik-asyik, pakcik baca blog sendiri (narcissist ke?). Kang pakcik mogok post blog hanya sekali tiap kali lepas pembentangan Budget Malaysia, kau nak ke?


Ko nak???!!!

Terlanjur bercerita tentang kak Jeton, marilah kita compare stail rambut (sebelum terciptanya syampu Rejoice Anti-Frizz) beliau dengan rambut Fauzian a.k.a Pojan.

Pojan



Kak Eton

Adakah mereka pergi ke salon yang sama di waktu itu?Adakah mereka duduk bersebelahan dan di dandan oleh jurugaya yang sama? --> MISTERI

Tips Kesihatan Tak Berguna


Sekarang ni musim-musim penyakit datang, makanya readers pakcik sekalian jagalah kesihatan anda. Untuk mengelakkan jangkitan virus H1N1, amalkan langkah-langkah berikut (<-- ni Kementerian Kesihatan suruh pakcik post).

· Pertama, jika anda bersin, sembur kat orang sebelah kiri anda.

· Kedua, biarkan hingus anda meleleh (<-- untuk kesan seksi dan effect kononnya kau ni sangat miserable)

· Ketiga, palitkan tangan anda yang kotor ke baju orang sebelah kanan anda.

· Keempat, buangkan tissue yang telah digunakan ke mangkuk sup atau tomyam orang yang tengah best-best makan.

· Kelima, jika anda merasa suhu badan meningkat, pening, confuse, kesukaran bernafas dan sakit tekak --> itu cume perasaan anda je, takyah layan.

· Keenam, updatelah blog anda selalu…diulangi…UPDATELAH BLOG ANDA SELALU! <-- cukup besar tak itu Has/Nizam?


Hazab 1 Nazak 1 (H1N1)

Manusia itu memang suka mengambil kesempatan. Seperti Helmy dan Nizam yang suka meraba orang ketika bersesak-sesak tengok jadual exam, begitulah orang lain (<--kecuali pakcik). Dengan kepercayaan kononnya dengan memakai face mask boleh mengelakkan tersedut udara yang dicemari respiratory droplet mengandungi virus influenza, makanya semua orang pun berebut-rebut membeli menda alah itu. Disebabkan permintaan yang banyak, makanya pihak-pihak yang menjual face mask itu pun mengambil kesempatan menjualnya dengan harga mahal.



Contohnya di Guardian Pharmacy, Face Mask biasa dijual dengan harga RM1.10 sehelai,


…dan Surgical Face Mask pula berharga RM1.50...

Di Giant pula ia dijual dengan harga RM2.99 sen untuk tiga helai. Manakala harga brassiere bersaiz 32 hingga 38 pula adalah dari serendah RM4.99 hingga RM9.99.



Sokonglah ia sebelum gravity menariknya jatuh mengikut hukum Newton. Kapla kuning sangat ko ni Pojan…hehehe (ni tengah tulis entry sambil belek flyers Giant).


Tahukah anda mangkuk salad jenama LUCKY dijual dengan harga from RM1.59 sen, manakala jenama HE(L)2ME diberi percuma dengan pembelian 100g ikan bilis berharga RM2.69 sen? --> Lari! Helmy mengamuk…

Pengajarannya di sini, kalau anda jadi pengedar face mask pada musim ini, anda mungkin boleh membayar deposit kereta tiga minggu akan datang dengan menggunakan duit hasil rompakan bank (<-- cari apa kaitan? 30 markah).

Tetapi tiada gunanya untuk kesihatan jiwa raga kalau anda memakai face mask macam ni.


Memang tak mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia. Kau akan cantik, tapi kau akan tidak sihat dari segi fizikal dan mental apabila kau dilihat memakai ini di hadapan khalayak umum.

Udah le tu…sebelum pakcik pedajalkan lebih ramai orang, baiklah pakcik berhenti menulis. Pakcik nak belek jap blog-blog yang bersawang seperti dinyatakan di atas, manalah tau puaka dah mula datang duduk kat blog-blog sunyi camtu, bukan boleh percaya puaka zaman IT ni. Kan Has/Nizam kan???

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...