Wednesday, July 29, 2009

Snippets 13

The Brothelity of My Neighbour

Pakcik fikir selama ni sorang je budak lelaki yang terlibat dalam perskandalan durjana kat rumah jiran pakcik, rupa-rupanya ada dua ekor semuanya. Malam semalam, tengah borak-borak kat dalam bilik, tetiba dengar suara mamat gi menyeru betina puaka dari tingkap bilik. Kitorang pun mulalah kerja sepai-menyepai kat tingkap bilik. Inilah rupanya…


Yang buka pintu yang!


Ala yang! Bukalah pintu! Abang 'sejuk' kat luar ni

Abang ada seprise untuk sayang!


Abang bawa eskrem ni!


Apesal dia taknak eskrem ni?

Yang, eskrem dah nak cair ni


Yeay! umpan berjaya, boleh buat maksiat (<-- sila jangan tiru)

Selepas beberapa minit dia menyeru puaka itu, maka bangkitlah puaka betina itu dari tidurnya. Lagi mengejutkan rupanya ada sekor lagi jembalang tengah tidur dengan betina puaka itu. Barulah pakcik sedar, rumah itu memanglah BROTHEL sangat. Banggakah pakcik ada aktiviti begini di rumah jiran pakcik? Jawapannya…teet!!!! Tidak!!! Siapa ada nombor JAIS sila bagi dengan kadar segera.

Pinda Jadual

Dah dekat midsem, ingatkan jadual tu dah settle down macam dust in the empty room, rupa-rupanya last-last minute ada pertukaran jadual baru lagi. Why? Haven’t we all stress enough dengan all the pressure in all direction. Dengar khabar (<-- take note readers yang kaki sensitive sekalian, ini bukan tuduhan, just assumption), jadual bertukar disebabkan seorang student yang mengikuti kelas secara nomad given she didn’t belongs to any group. Kenapakah kerana seorang itu, kitorang kena revamp the whole timetable yang kita dah biasa dan comfortable with. Biasanyalah, nomadic student lah yang sepatutnya flex her schedule up (cam posisi yoga) up to the existing group. Now we have to reset back our schedule for those specific someone. Harap-haraplah semua ini berbaloi untuk pihak dia, jangan nanti lecturer jadi pening semua blah, yang tinggal hanyalah our beloved lecturer Dr. K…

Misleaded Junior

Past two week bukan sahaja MSC dilanda skandal dan kontroversi (which I assume have already settle by now), tapi the whole BMS program kena tengkujuh di bulan Rejab cum Syaaban. Ini semua disebabkan ada khabar-khabar angin dibawa oleh kepala angin yang kononnya BMS takde accreditation MQA, MQR, JPA, MMC dan lain-lain. Isu ni sebenarnya amatlah basi cam nasi semalam. Tak paham lagikah sampai sekarang step by step sistem tu. Kenapakah orang yang menjadi kepala angin ni masih tak reti-reti lagi sistem accreditation MQA ni. Dia sibuklah bagitau semua student better quit dari MSU dan masuklah IPTS lain, heran sekali yang dia tu tak pulak quit malah lagi nak memanjang-manjangkan pengajian dia kat MSU nih.

Alkisahnya, Dato’ Wira Presiden pun dapat tahu hal ni dan FHLS telah diminta to settle these things. The ugly side of it bila benda ni jadi kecoh, budak turun naik pejabat MQA, MQR, JPA, MMC semua, sebenarnya dia telah menganggu the beauty of the proses. Kalaulah mereka ni simply complain about accreditation takdelah terminal sangat conditionnya, tapi bila dah kau buka tikar mengkuang sambil menganyam ketupat palas dah tu gi bertepuk tampar dengan darjah kebecokan Rosnah Mat Aris,

Iyo...yo...alagappas

...maka terbukalah cerita fasiliti, lecturer and so on, bukankah kau telah menekan Fire Alarm pihak-pihak aforementioned tersebut betapa dhaifnya keadaannya kita. Kesudahannya nanti, pastilah MSU diberi kata dua “Bungkos!”. Siapa yang susah, kita, kawan kita, mak bapak kita dan penjamin-penjamin pinjaman kita. Apa nak jadi dengan masa depan kita? Kau tahu Chow Kit tu kat mana, Mamat? Kau buka beg jual ubat-ubat haram, sambil berperasaan menjadi doktor prescribed ubat kuat Sildenafil.

Pengajarannya, janganlah suka memerangkap diri sendiri, fikir elok-elok sebelum memulakan khabar angin. Sebab junior-junior ni bila dah look up to the senior, makanya mereka akan mudah terpengaruh dengan segala maklumat yang disampaikan walaupun senior itu bermulut tabloid murahan.

Tapi kalau kau dengar khabar angin mengatakan bahawa Pakcik adalah Jantan Kacak, di sini pakcik ingin menjelaskan hal sebenar, pakcik dengan rendah diri mengatakan, ia semuanya BENAR TIADA YANG BENAR MELAINKAN BENAR-BENAR BELAKA. (--> siapa buat muka setelah baca statement ini, aku sumpah kucing korang bunting kembar doblas, kopaklah korang nak bagi makan)

Lalu Helmy pun duduk sambil berfikir...


No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...