PROLOG: Entry ni pakcik kena taip berhati-hati. “Jangan galak sangat,” nasihat Tok Aki jadi pakcik pun ber-Wasatiah lah untuk entry ni (<-- sebenarnya pakcik takut dikejar ngan parang). Biarpun orang yang pegang parang tu cakap “Jangan takut!” ekekekekeke…
Journey of the Green Volvo and the One That Tails
Ianya bermula di sini…
Aku ni kenapa gi promote Restoran Singgahan Rasa ni? Ditaja ke? Hampeh. Green Volvo ni sebenarnya telah terlambat sampai kerana supirnya terlajak tidur. Pepatah ada mengatakan, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta boleh reverse, bujang terlajak pergi membajak, terlajak tidur habislah nko Helmy hangin,”. So Helmy (yang datang awal tersebut) telah menarik muka ketat. Walaubagaimanapun perjalananpun bermula jualah pukul 9.50 pagi.
Itu bukan ayam mahupun enggang. Itu Pheonix batu yang disumpah sebab dia gi curik ikan masin yang pakcik jemur.
Sampailah ke Pekan kul 4 merangkak ke pukul 5. Pecah jualah bisul-bisul duduk dalam kereta. Dan gagak-gagak pun berterbangan jualah mencari makanan (<-- ni ayat tak masuk konsep). Selepas singgah makan kat kenduri kahwin abang Saiful Arif (Saiful Adli) yang lauk-lauknya ditekedarah oleh member-member pakcik tanpa belas kasihan, kerana umbut kelapa itu sedap jualah. Berbaloi lah aku berpeluh sakan sambil melantak dengan gigih, biarpun meja itu shift-to-the-left kan? Dengan semangat Irreplaceable “To the left…to the left…air sirap tumpah meluncur to the left,” kami pun akhirnya bertolak lah ke rumah member pakcik yang menjadi agenda utama, Hero dan Heroin cerita ini…Saiful Arif dan Hajar.
Selepas melabuhkan punggung barang seminit dua, kitorang pun gi bergegas ke Padang Polo Di-Raja nak ambil kunci tempahan bilik di Polo Inn. Bukan untuk kitorang, tapi untuk family pengantin perempuan.
Sambil-sambil tu, sempatlah juga mengambil gambar sedas dua kat situ sebab rumputnya hijaulah jua. Kat Ireland rumputnya kaler pink dan turquoise (<-- mampus membohong tak ber-agak).
Malam Potong Jambul @ Marhaban Ya Lari!
Ni time kitorang dah siap buat Solat Jamak Qasar Takdim + Tahlil, sementara tunggu yang lain solat Isyak. Masa yang ada haruslah dimanfaatkan waima untuk berposing ambil gambar sekalipun.
Ni time kitorang dah siap buat Solat Jamak Qasar Takdim + Tahlil, sementara tunggu yang lain solat Isyak. Masa yang ada haruslah dimanfaatkan waima untuk berposing ambil gambar sekalipun.
Seterusnya acara memotong jambul. Bukan susah pun ini bahan-bahannya
Yang kau harus lakukan adalah mengunting sedikit rambut dan letak dalam kelapa tu pas tu minum sambil kunyah beras tu --> kau pelesit kah?
Tapi yang lucunya bebudak dari Kolumpo ni lari plak bila sampai giliran nak potong jambul. Mereka ni fobia dengan perkataan POTONG. Childhood Trauma agaknya dikejar Tok Mudim. Pakcik tak leh potong jambul sebab pakcik tengah ambil gambar. Kang pakcik tertebuk anterior dan posterior fontanels baby-baby tu, sapa nak jawab?
Adapun kitorang ni datang hanyalah untuk melantak jualah niatnya. Yang ditunggu-tunggu adalah hidangan daging sehingga Helmy mengetuk-ngetuk gearbox tersebut kerana lahapnya dia itu azalinya. Ketika itu, semua tak nak ngaku member kat dia. Hehehehe…
Pengajarannya, janganlah membuat aksi sadis kat kenduri kawin orang.
Di Rumah Tok Wan dan Tok Aki
Di Rumah Tok Wan dan Tok Aki
Setelah puas melantak kat majelis orang, kitorang pun balik ke rumah untuk tidur dengan mengamalkan konsep ‘Makan & Tidur’ ular sawa. Maka pakcik pun tidur awal-lah jua menjelang detik 10.30 malam. Bukanlah kerana pakcik telah menelan seekor kambing, tetapi kerana pakcik kena caffeine withdrawal jualah. Pakcik yang biasanya meneguk lima gelas Green Tea tetiba secara abruptly tak minum, hukumnya adalah harus jua mengantuk. Budak-budak yang lain plak sebok bercerita hantu, sapa yang takut? Kucing putih kah? Tidak! Mereka dan kawan mereka juga yang takut sampai tidur tak lena kan Siah?
No comments:
Post a Comment