Tuesday, June 02, 2009

Snippets 5

AMARAN: Entry ini panjang, gambar tak banyak (korang kan berperangai kindergardener, suka tengok gambar) dan pakcik ni kacak. So korang perlu memupuk nilai-nilai murni (kesungguhan, kecekalan dan kesabaran) untuk membaca entry pakcik kali ni. Adalah dimaklumkan, jika anda terus membaca entry pakcik ini sampai habis, bermakna korang semua bersetuju bahawa pakcik ni kacak, please proceed below. Hehehehe…

The Unlikely Disclaimer

Sebenarnya pakcik nak bercuti dari blog ni. Bukan cuti bersalin, tapi cuti buang air besar (<-- sembelit ke? Hehehe). Tapi bak kata pepatah Omputih, “You can take the man out of the country, but you can’t take the country out of the man,” demikian jualah aplikasinya di sini, “You can take the HANDSOME MAN (pakcik le tu) from the blog, but you can’t take the blog out of the HANDSOME AND KIND MAN (juga pakcik),”. Sape nak rampas blog pakcik? Cakap! Korang bukannya tahu password pakcik (salin password: pakcikkacak85). Hehehe…maka benarlah pepatah itu (terutamanya tang handsome man itu --> PAKCIK).

Sebenarnya pakcik ni kesian kat blog reader pakcik ni, termasuklah SR-SR demikian (*SR = Silent Reader = Reader yang datang tanpa meninggalkan kesan waima sehelai rambut pun kat blog pakcik = tak reti nak tinggal komen walaupun dalam chatbox biarpun visiting count naik kan?). Pakcik tahu pembaca-pembaca setia pakcik (yang sekor dua tu --> SEDIHNYA) sungguh kedaung nak pakcik update walaupun mereka cuba menyembunyikan wajah gersang dan ketagih mereka (buruk muka tu Helmy). Kira blog pakcik ni bagai pemuas nafsu (membaca) le walaupun entry pakcik sengal-sengal kacak demikian. Dah dua hari pakcik tak post, kena withdrawal sekor-sekor. Disebabkan banyak yang mahu dikongsikan dan idea-idea pakcik pun tetiba mencanak-canak naik macam morning erection <-- CENSORED, makanya pakcik pun updatelah juga blog pakcik. Dan bersorak-soraklah ungka dan beruk di hutan membaca entry pakcik ini (ampun!)

Selamah Merempat Lagi

Lama tak dengar perkhabaran Selamah dan anak-anaknya. Suatu malam, pakcik sungguh heeba melihat keadaan Selamah dan anak-anaknya. Sampai hati mereka diperlakukan sedemikian.

Selamah dan anak-anak dihalau keluar dari rumah sebab Selamah dituduh berlaku curang dengan owner yang lain. Setelah puas beliau merayu untuk diterima semula, Selamah dan anak-anak pun tertidur kepenatan sambil bercucuran ayer mata. Sob! Sob!

Bersedekahlah Kerana Dari Hartamu Itu ada Sebahagiannya Milik Orang Miskin <-- ENTRY TARBIYAH

Ini entry seriyes, kalau nak bersuka ria kanak-kanak Ribena. Tunggu entry seterusnya.

Pernahkah korang jenjalan dan tetiba…jeng…jeng…jeng…(sound effect suspen) korang terserempak dengan 2 atau lebih orang di suatu kawasan mendekati anda sambil menghulurkan tabung, atau produk, atau calendar, atau buku agama?

Mesti pernah kan? Kengkadang korang akan berasa serba-salah, nak hulur duit ke tak? Ni betul-betul kutip derma untuk rumah anak-anak yatim ke sindiket? Nak bagi berapa? Bagi singgit nanti dikatanya kedekut, kalau bagi banyak, kalau benda ni tipu, rugi dowh.

Yang lagi meragukan, mereka ni tahu-tahu je nak kutip derma kat mana dan bila. Sebagai contoh, ni poskad pakcik dapat time kat pesta buku kat PWTC baru-baru ni.

Yang kutip derma ni cam tau-tau je mana nak pilih port kan. Tu yang teman ragu-ragu tu. Mentang-mentanglah rakyat Malaysia ni prihatin (cam pakcik).

Ni pula contoh penanda buku yang pakcik dapat kat stesen LRT bandaraya.

Manakala ni pula contoh produk yang pakcik dapat dari pengutip derma di Giant Hypermarket Shah Alam.

Adapun pakcik tunjuk kat sini bukanlah sebab riak ataupun menunjuk-nunjuk. Tapi pakcik nak memperlihatkan (3 imbuhan --> kesalahan tatabahasa) betapa kreatifnya cara mereka mengutip derma sekarang ni. Kat pilem P.Ramlee dulu, dorang just bawa sepanduk sambil nyanyi “Tolong kami, bantu kami, anak-anak, yatim piatu,” sekarang ni, ada sampai tahap minta nombor kad kredit untuk buat potongan bulanan bagi derma.

Bagaimankah kita nak mengenalpasti bahawa individu yang mengutip derma itu betul atau tidak. Itu pakcik pun tak dapat nak jawab. Kejujuran manusia ni, hanya Allah je yang boleh menilai dengan tepat. Walaubagaimanapun, pastinya anda akan berasa kekok ketika menghadapi situasi macam ni kan.

Bayangkan lah time tu anda tengah jalan dengan awek, pas tu orang-orang ni datang kutip derma, nak bagi takut tipu-tipan. Tak nak bagi nanti awek kata kedekut taik idung masin. Bagi sikit salah, bagi banyak pun salah.

Salah satu tanda nak tahu diorang ni betul ke tak, biasanya yang mintak betul-betul untuk kebajikan dia tak letak harga untuk barang dia, terutamanya barang yang agak berharga cam buku contohnya. Mereka akan kata, bagilah seikhlas hati. Kengkadang, lepas kita bagi derma, diorang siap doa untuk kita.

Bagi yang agak kurang benar untuk kebajikan. Mereka biasanya mintak kosong, bawa gambar rumah anak yatim atau letak harga kat barang tu. Biasanya RM5 atau RM10. Kalau dia kata bagilah seikhlas hati, tapi bila kita bagi dia siap minta up, wajiblah ko pelompang Jopun kan mereka. Contohnya cam bebudak yang jual kalendar tu. Kalau tak silap, tu dari sekolah kat mana ntah aku pun dah lupe. Mereka gunakan pelajar-pelajar sekolah untuk jual produk atas alasan nak melatih mereka untuk berniaga. Sudahnya, pelajar-pelajar tu takde masa nak belajar, banyak menjual je, memang jadi peniaga juga akhirnya mereka kan, yelah SPM tak lepas. Isk! Isk! Kalau korang beli bende tu, makin giatlah sekolah tu menjual. Bila takde sambutan, lambat-laun mereka akan berhenti juga.

Kadang-kadang ada juga pengutip yang siap tunjuk surat nak buktikan lesen mengutip derma. Secara logiknya, Pihak Berkuasa Tempatan mana yang keluarkan permit minta sedekah? Daripada diorang keluarkan permit, better dorang keluarkan duit bantu badan-badan dan rumah-rumah kebajikan ni. Tak pun, gunakan asset yang ada untuk buat majlis amal mengutip derma ke hape ke.

Pihak-pihak yang korang patut bagi derma ni adalah macam Rumah Anak Yatim (besar pahalanya ni) dan Sekolah-sekolah Tahfiz (yang ni pahala amal jariah yang berpanjangan). Macam MAKNA tu, biarlah kerajaan yang settle kan. Kalau ada bebudak sekolah datang bawak kad kutipan derma Jogathon (aku benci benda ni), ala yang korang kena tulis nama pas tu kena tandatangan tu. Biasa sekolah-sekolah yang buat ni untuk hari sukan atau semata-mata nak tambah tabungan sekolah atau PIBG atau nak buat bangunan baru. Yang ni kau serahkan juga kepada Kerajaan. Biarlah Guru Besar atau Pengetua tulis surat mintak peruntukan dari Jabatan Pelajaran. Kalau nak bagi jugak, kau bagi seposen dua, pas tu dalam kad jogathon tu ko tulis nama besar-besar lebih kurang 5-7 space macam tu, ala…macam member korang yang sorang tu, yang suka sign attendance besar-besar tu. Korang jangan rasa bersalah, walaupun bebudak sekolah rendah tu memandang korang dengan mata comel yang marah, korang telah berjaya menyelamatkan 5-7 poket orang lain dari menderma. Penuhkan je space yang ada. Huhuhu...kejamnya Hny!

Ada juga orang, yang ni confirm korang pernah jumpa, orang buta mintak derma sambil dipimpin oleh orang yang sihat walafiat, celik, bertenaga dan muka cam hanjeng. Biasa kat kedai-kedai makan. Yang ni tak payah nak bagi satu sen haram (kutip kat lantai) pun. Yang ni sah-sah pembuhung. Mereka ni just gunakan orang buta tu untuk mendapatkan keuntungan. Banyak pulak masa mereka ni mengusung orang buta. Kalaulah diorang ni kerja pas tu bagi duit tu kat orang buta, bukan ke lebih banyak pahala kan? Pakcik ni memang anti orang suka mempergunakan kekurangan orang lain. Macamlah Pakcik ni, ketampanan pakcik telah dipergunakan untuk minta diskaun beli tiket wayang. Ke sebab muka pakcik ni sungguh kasihan? (jangan jawab soalan ni Helmy)

Ini ada tips menghadapi situasi ini.

  • Mula-mula jangan panik, call for help! (eh, lupa! Entry seriyes ek?), korang buat muka cool je.
  • Bila dia datang dekat, bagi mereka explain dorang kutip derma untuk tujuan apa dan di mana. Angguk tanda paham sambil belek-belek produk yang diberikan. Kalau ada yang tak paham, korang angkat tangan tanya.
  • Bagi duit seikhlas yang boleh bergantung pada produk. Kalau dia bagi buku, bayar lebih sikit. Kalau bagi penanda buku, hulur kurang sikit.
  • Anda juga boleh memilih untuk tidak mengambil barang yang diberikan terutamanya kalendar dan penanda buku. Nak buat apa? Kad Along yang masuk kat peti surat korang tu kengkadang ada gak kalendar. Kata kat dia “Abang bagi ikhlas!” sambil cuba senyum manis macam ikhlaslah kononnya.
  • Kalau tetiba dalam dompet korang ada RM50 sekeping, kau buat-buatlah tak nampak orang tu kan. Sambil seluk phone dalam poket pura-pura bercakap walaupun sebenarnya takde sape yang call @ yang bunyi tu cuma SMS @ phone korang takde bateri @ kredit dah habis (mana-mana yang berkenaan).
  • Kalau dalam poket ada RM1 je dan sobona eh korang sengkek. Korang ajak budak-budak tu borak panjang-panjang. Tanya dia macam-macam soalan penyaisatan, ke korang ajak dia berteka-teki, ke yang paling bangang…korang plak minta derma kat diorang sambil bukak wallet tunjuk duit singgit kat dalam tu. Mesti bebudak tu blah sambil pandang hina kat korang. (Cuba buat muka hina sikit Helmy)
  • Kalau nak bagi sangat tapi takde duit kecik. Jangan pula ko minta mereka pulang baki. Sadis sungguh perbuatan korang. Korang cakap kat dorang, “Takde duit kecik la dik! Nanti abang datang balik ek,”. Bila ko dah janji, hukumnya wajiblah kau datang balik bersama duit yang kau janjikan. Jangan jadi munafik.
  • Kalau korang terserempak dengan ramai budak-budak kutip derma yang berkeliaran setiap hari kat sesuatu tempat. Memang kopak lah korang kan nak bagi dua tiga kali sehari. Dahlah diorang ni dari tempat yang sama, just spot kutipan je berbeza. Ini ada satu pelan jahat. Kata kat budak sorang tu, dah bagi dah derma kat budak sorang lagi, pas tu ulang alasan yang sama kat budak yang lain. (<-- AMARAN: membohong amalan keji)

Tapi yang paling penting (bukan kerjasama) tapi HATI YANG IKHLAS (penting ni, sampai aku capital-letter kan beliau). Kalau dah bagi, janganlah nanti kau mengungkit atau menyesal. Habislah pahala korang. Diorang nak menipu ke nak mengelentong korang ke, itu bukan masalah korang. Itu urusan dia dengan Allah. Yang penting niat korang nak membantu. Yang pakcik tulis kat sini, bukannya nak mengungkit, tapi nak berkongsi pengalaman dan memberi pengetahuan dan iktibar. InsyaAllah, semoga niat suci kita untuk menderma dan bersedekah, Allah sahaja yang membalas.

Dengan itu, seperti kat Ustaz Izi yang happy-go-lucky itu, pakcik ingin mengucapkan “Assalamualaikum! Dan Selamat Beramal!!!!”

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...