Tuesday, May 26, 2009

Resepi Yang Terlampau…Sedap!

AMARAN: Entri in sangat panjang. Kalau anda bukan Sabariah atau Sabri sila baca skit-sikit. Tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi (cam Selamah). Tidak juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jantung dan tayar motor pancit.

Ye anak-anak kenyir sekalian. Hari ini pakcik nak ngajo korang sume Survival Skill. Apakah dia? Memasak. Lalu Sang Kancil pun bersuara “Ala, masak pun nak kecoh. Masak air, masak nasi tu biasalah.”

“Tidak Kancil, ko ingat ko pandai? Sebab ko kureng lah Perodua dah tak nak manufacture nko,” Pakcik nak ngajo Basic Survival Skill. Masak nasi dan air itu terlalu complicated. Buat pening kepala je semua tu. Ni nak masak simple-simple je.

Mari belajar step by step. Tak nak belajar , gi baca nota Psychomed yang complicated tu. Mesti korang menyesal. Resepi ini sungguh misteri, ko tanyo lah mamak D.E. dia pun garu kepala (dan habuknya jatuh kat mee goreng yang korang order). Nama resepi ini dan bahan-bahannya terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Marilah kita menamakannya, Resepi Yang Terlampau.

Memula, ko pergi dapur. Ko gi mencangkung depan peti ais, ajak member serumah mencangkung sesame. Agak-agak peti ais tu cam kosong jer, korang pun berpelukan lah sambil menangis teresak-esak sesamer, jangan lupa meraung sekali macam orang mati laki/bini. Pas dah habis nangis korang gi Giant beli apa yang patut. Kalau agak-agak kopak nak gi Giant, korang gi buat belian kredit (utang) kat kedai ane. Untuk berjaya dengan teknik ni korang perlu mahir membuat muka seposen, at least dengan muka seposen tu, dapat gak bayar ansur-ansur kan. Datang kedai ane lima kali sehari dengan muka seposen (5 x 0.10) dah dapat lima posen. Amalkan selama sebulan, agak-agak ane tu dah bohsan dengan korang, dia pun kira halal jelah (ko tak kira emotional trauma dia ngadap muka ko ari-ari).
Dah pakcik dah terpesong dari jalan yang lurus. Meh sambung belajar.
Memula, panaskan minyak. Bukan minyak kat muka ko tu, pakcik guna minyak ini.

Zoom sikit.


Ye Extra Virgin Olive Oil. Dalam bahasa Malaysia-nya, Lebih Dara Zaitun Minyak. Ada paham? Pakcik suka yang dara je, yang janda kita curah dalam sinki (cuba buat cam tu kat bini korang nanti). Agak-agak minyak tu dah panas, korang simbah kat member korang yang tengah nyebok kat tepi korang tu. Pas tu kulit-kulit mereka yang masak demikian, korang kikis buat lauk. (sadisnya ko ni Aman)

Next, tumis bawang merah besar seulas, bawang putih lima ulas (biar beno? Ya benar yang arif, pakcik suka makan bawang putih sebab beliau sungguh baik untuk kesihatan). Dah agak-agak bawang merah dan bawang putih tu jadi sinetron Indon, korang masukkan cili boh. Boh lah cili boh tu dalam kuali. Boh! Aku kata boh! (argghh…pening)

Pastu masukkan ayam yang dilanggar jiran korang petang tadi. Potong ayam tu kecil-kecil sehingga hilang kesan tayar. Kalau takde ayam langgar, korang cari ayam mati beragan (gulp! Haram sungguh resepi pakcik ni kan). Rupanya pun nampak seperti di bawah ini.


Pas tu masukkan udang. Kalau takde udang, ko masukkan sotong. Takde sotong, masukkan ‘sotong kering’ korang yang dijeruk tiga tahun empat bulan (tu ar semua bahan takde, pakcik pun geram). Lalu ia menjadi seperti di bawah setelah dimasukkkan sayur campuran masyarakat majmuk Malaysia. Percayalah!


Adakah resepi ini sudah siap? Kalau korang nak stop kat sini pun boleh. Makan dengan nasi. Tapi seperti yang pakcik kate, resepi ini adalah Yang Terlampau…dulangi…YANG TERLAMPAU…maka pakcik tak stop kat sini. Pakcik masukkan air. cam kat bawah ni. Air apa? Air basuhan kaki member korang yang baru balik hiking kat Hutan Belum tu. Lagi mau tanya. Air kuning (bau klorin) dari paip SYABAS ar, apa lagi.

Amma! Tom yam kah?

Silap, pakcik dah kata, jangan ko cuba-cuba meneka. Kelak menyesal tiada berguna. Bahan yang paling misteri seterusnya adalah…jeng…jeng…jeng…jenglot!


Tadaaaa! Mee Segera Cintan Perisa Mmmmm Kari (seperti yang tertulis). Pakcik tidak menggunakan Maggi sebab pakcik ni ISTIQAMAH memboikot produk itu. Bukan cam ko Helmi!
Lalu beginilah rupanya setelah pakcik compound fracture-kan mee itu kepada empat bahagian (ke comminuted fracture?).


Pas tu masukkan telur plak (ye, telur ayam Bedah, jangan masuk telur lain plak). Sadis kan resepi ini, dahlah masak ibu ayam yang dilanggar, anak ayam yang blum menetas pun kita guna. Macam Resepi Cap Ibu dan Anak plak.


Pas tu tunggulah mee segera itu mengembang dan masak. Jangan ko tunggu bulan mengambang lak. Alamatnya laparlah engkau.

Dah siap masak, ko buang semuanya dalam tong sampah. Sebab resepi ini menggunakan bahan-bahan haram jadah. Masak semula guna bahan yang halalan toyyiba ye mengikut langkah yang sama. Akhirnya jadilah seperti ini.

Ada mee yang anjal.

Ada udang.
Bukan raja udang ye.
Eh salah gambar plak. Ni gambar berita kat sebelah artikel kat bawah ni. Gambar yang ni sebenarnya. Hehehehe…

Nak lebih seronok. Makanlah sambil menonton Everybody Loves Raymond. Gerenti kuah kari yang panas pedas itu keluar dari idung. Wa cakap lu!


Dah habis makan. Makanlah pil ini.


Pil apa? Pil serapat lepas bersalin? Jangan ko tanya pil apa. Pil ni untuk mengurangkan peresapan minyak dari usus jenama Jamu Mak Dara…oh tidak pakcik tidaklah se-tradisional itu. Kalau teka, cubalah terer (ayat terlabik pula). Jangan lupa minum secawan Green Tea untuk kesan maksima mengurangkan PJK (Perut Jarak Ke depan) anda semua. Ia juga baik untuk kesihatan.


Amacam? Simple tak resepi pakcik? Terlampau ke tak? Bak kata pakcik, pakcik tak suka resepi complicated cam air masak dan nasi putih tu, simple-simple sudahlah kan? Guna apa yang ada. Akhir kata…tataplah senyuman pakcik yang tampan ini.

Dah HELMY, jangan buat-buat Bulimia Nervosa plak! Psychosomatic semuanya tu. Ditambah dengan perasaan hasad dengki.

3 comments:

Anonymous said...

pil ape tu? senokot?

kasi la tips pape yg bergune kat aku..aku pun nak jadi tampan dan kurus cam ko gak.... :P
aku pun dah start minum green tea nih..

hny

ps, green tea campur black tea bleh ke?

Aniron Orion said...

boleh...green campur black jadi dark green tea...hehehe...

pil tu adalah pil binari...hahahaha...hachoom...

Anonymous said...

pil binari??
apaan sih? ko x period, then makan nak kasi period ke ape?

hny

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...