Sunday, May 24, 2009

Ku Tolak Tuah Itu

Masa memuler aku sambung degree BBM kat KUTPM dulu, sekitar Januari 2007, aku ada gak cuba-cuba nak isi borang UPU tu, Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf. Cam materialistic duniawi aje bunyinye. Cam cerita Kasim Selamat dan Sabariah pulak, yang bertemakan taraf dan derajat. Baca perkataan SETARAF tu membuatkan aku seolah-olah berasa humble sambil bermuhasabah, “Layakkah aku?” apapun aku cubalah jugak. Bergantung harap pada result Diploma, nak try nasib lah kononnye. Masa isi borang tu, aku ni sesibuk lah nak cari program Doktor Perubatan [dengan tak sedar dirinya]. Heran giler aku tengok, tak banyak uni yang tawarkan. UPM, UKM, USM, UM semuanya tak tawarkan untuk bebudak SETARAF cam aku ni. Yang tawarkan cuma UMS, so aku letaklah sebagai pilihan pertama. Cam ni lah rating pilihan aku dulu:

Pilihan 1: UMS – HM00 Doktor Perubatan

Pilihan 2: UKM – KM11 Sains Forensik

Pilihan 3: USM – SM11 Sains Forensik

Pilihan 4: UPM – PM01 Doktor Perubatan Veterinar

Pilihan 5: UM – YM02 Sains Bioperubatan

Pilihan 6: USM – SM03 Bioperubatan

Pilihan 7: MS27 [aku tak tau kod ni untuk U apa] – Sains (Mikrobiologi)

Pilihan 8: SS02 [ni pun aku dah tak ingat U apa] – Sains (Mikrobiologi, Biologi Tumbuhan, Biologi Haiwan)


Bulan Jun 2007 aku dapat surat jawapan bersama surat tawaran. Tengok kat enbelop ada lambang USM. Jeng…jeng…jeng…teka kursus apa yang aku dapat? Teka Mazidul! Teka!

Aku dapat Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi) Zakiah Anas! Cuba ko cek kat atas tu, tang mana aku apply kursus itu. Ade tak? Takde kan? Inilah nasib calon-calon SETARAF ni, dibaginya aku kursus sisa-sisa pencacai. Aku pun duduk di suatu sudut kat rumah, sambil ada garis-garis gelap menyelubungi, ala-ala kartun Sin Chan tengah kecewa.

Nampak sangat nak suruh aku jadi cikgu Bio lah tu. Apa diorang tak tahu aku ni penderhaka terhebat kat cikgu Biologi time SPM dulu? (of courselah diorang tatau). Sekurang-kurangnya kalau aku dapat Mikrobiologi ke, Bioperubatan ke aku terima je dengan hati terbuka. Merasa jugalah aku masuk IPTA kan. Mana taknye sila rujuk yuran universiti itu.


Cuba ko compare pulak dengan yuran BMS terbaru di MSU. Dalam kotak warna merah tu.

Nampak tak betapa langit dan bumi itu sesungguhnya banyak bezanya Lim Guan Eng? Begitu juga IPTA dan IPTS. Maka aku pun tolaklah nasib demikian, dan kekallah aku di MSU dengan kursus yang tidak pasti hujung pangkalnya ini. Adakah aku buat pilihan yang tepat? Aku telah belajar untuk tidak menyesali takdir hidupku [huhu! Syahdu bunyinya], aku terima je ranjau dan onak duri perjalanan hidupku [lagu Zaiton Sameon ‘Menaruh Harapan’ pun berdendang sebagai background song]. Mungkin Tuhan ada perancangan untuk hidup aku, minta-minta kesudahannya bukanlah kecewa. Tapi aku pasrah! [lagu Erra Fazira ‘Pasrah’ pula berkumandang]

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...