

Kempen ini telah seringkali dijalankan setiap kali Israel melakukan penindasan atau pencerobohan secara besar-besaran dan berita mengenainya dipaparkan di televisyen. Pada masa itu, barulah kempen ini bergerak aktif dan lantang. Walaubagaimanapun, kempen sebegini agak kurang mendatangkan kesan kerana wang pembiayaan telahpun diberikan kepada tentera Israel, senjata dan peralatan perang telahpun dibeli dan strategi perang telahpun mereka atur.
Namun, apa yang kita tidak tahu, Israel menjalankan penindasan dan pembunuhan di Palestin setiap hari sejak lebih kurang 60 tahun yang lalu. Walaupun cuma kes-kes yang terpencil dan tidak disiarkan di kaca televisyen, ratusan ribu nyawa telah terkorban. Malangnya, bila sahaja berita dan liputan peristiwa pencerobohan dan penindasan ini reda seketika, kempen sebegini pun reda. Dan syarikat-syarikat terbabit mula mendapatkan keuntungan semula untuk membiayai pencerobohan Israel yang seterusnya. Lalu…apa yang patut kita lakukan?
Kempen ini sepatutnya diteruskan sepanjang masa, selagi Israel masih angkuh mahu meluaskan kuasa dan syarikat-syarikat ini masih mampu membiayai mereka. Mungkin pada peringkat awal, agak sukar untuk memboikot barangan-barangan sebegini, kerana kebanyakan darinya telah sebati dengan kehidupan kita. Tapi bagaimana kita tahu yang kita boleh hidup tanpa barangan ini selagi kita tidak memulakannya? Mulakan dengan satu produk dan teruskan dengan produk yang lain. InsyaAllah!!! Inilah masanya kita menyokong produk keluaran Malaysia, negara yang mencintai kedamaian dan bersimpati dengan nasib rakyat Palestin.
Andainya anda telahpun terbeli salah satu produk ini, tidak perlu membuangnya kerana Allah tidak suka pada pembaziran, cuma ingatlah untuk tidak membelinya lagi. Carilah alternatif perkhidmatan atau produk lain yang setanding atau lebih baik dari produk-produk ini.
Amerika Syarikat sedang bergelut dalam krisis ekonomi yang paling teruk dalam sejarahnya. Malaysia dijangka akan menyusul. Dengan memboikot barangan mereka, kesan ini akan nampak ketara berikutan situasi kewangan mereka sekarang. Inilah masanya yang sesuai untuk kita menghantar signal kepada bakal presidennya yang akan datang bahawa kita tidak menyokong pembunuhan dan penindasan rakyat Palestin serta pencerobohan tanah-tanah mereka.
Kita patut disedarkan dengan tindakan meboikot barangan ini, kita mampu menyokong industi pembuatan dan perkhidmatan dalam negara seterusnya dapat memperlahankan impak domino kemerosotan ekonomi dunia terhadap Malaysia. Kita dapat membendung pengaliran wang negara dari sampai kepada syarikat-syarikat pemilik jenama durjana ini yang rata-ratanya diasaskan atau berpusat di Amerika Syarikat. Kitalah yang menentukan sama ada menjadi PAK CONGOK atau PAK TINDAK.
Emailkan artikel dan gambar ini kepada kawan anda, postkan gambar ini sebagai profile picture di laman Friendster, myspace, facebook, Tagged dan sebagainya sebagai tanda kesatuan hati kita mencela Israel dan proksinya Amerika Syarikat. Jangan hanya mengucapkan simpati di bibir atau membisikan dalam hati. Hanya dengan beberapa gerakan mouse sahaja, anda telah menyumbang sesuatu.
Dengan artikel ini, walau hanya seorang pun yang membacanya, saya telah melakukan peranan saya menyebarkan kempen ini. Bagaimana dengan anda?
Lawati laman BOYCOTT-ISRAEL untuk mengetahui apakah sumbangan yang anda boleh lakukan dalam kempen boikot ini. Baca keterangan lanjut tentang sebab mengapa jenama-jenama berikut diboikot. Dapatkan juga senarai penuh barangan dan perkhidmatan yang patut diboikot.
INGAT PALESTIN! INGATLAH AL-AQSA!
No comments:
Post a Comment