Tadi pergi Kolej, or shall I say University.
Sumpah janggal kalau naik teksi cakap kat pakcik drebar...
"Pokcik saya nak gi Universiti deyy" sambil adjust air-conditioner (<--mind you ayat penuh)
Nanti pakcik tu jawab, sambil campak puntung rokok keluar tingkap...
"Ekau balajo rajin-rajin jang"
So let just stick dengan ayat arahan "Drebar ji, MSU please! Chalo!"
Ada tiga agenda sebenarnya.
PERTAMA
Nak pulangkan buku rujukan ENT yang dah terlewat sangat.
Patut pulangkan 16 haribulan 11 haritu.
Tapi sebab malasnye nak gi kolej semata-mata nak pulangkan buku.
Lagipun nak guna untuk 1st Internal Assessment haritu.
So kena tunggu jumlah agenda kumulatif melebihi dari satu baru pegi.
Budget kalau aku suka-suka gi alter tarikh pemulangan kat kertas belakang buku tu ke tarikh hari ni, mesti lepas punye.
Takyah bayar denda.
Jadi dibuatlah perkara itu.
Masa nak pulang, buat muka innocent "Bang, nak pulang buku!"
Seperti biasa, brother tu ambik buku and tengok tarikh kat belakang, 2/12/2010
"Okey!"
Fuhh! Lepas.
Terus ke admin department untuk agenda...
KEDUA
Nak gi confirmkan nama dan kehadiran untuk konvo nanti.
Tengah tunggu giliran manusia-manusia lain, sambil menikmati fountain MSU yang baru siap dari balkoni admin, tiba-tiba dapat call.
Nombor tak kenal tapi kepala 03-
Aku jawab, panggilan dari library, brother tu suruh datang balik.
Sudahhh...
Aku cakap, aku ada urusan kat admin, jap lagi aku datang
Lepas dah confirmkan nama, jumlah tetamu, venue, tarikh tapi still tak dapat confirmkan bayaran;
aku pergi ke account department untuk agenda...
KETIGA
...nak jumpa Puan Zurina, berkenaan cek mara yang tak dapat-dapat lagi.
Aku dah cek online, 12/11 tu cek dah keluar, jumlah dirahsiakan ;-P
Call pegawai MARA dia kata dia bank in terus dalam account.
Tapi hari-hari cek online, tak masuk-masuk lagi.
Kot-kot dia masuk kat offshore bank aku kat Geneva tu kot.
Haram...
Puan Zurina takde, dia gi Pejabat MARA ambik cek.
Kembali ke agenda pertama,
Dalam perjalanan ke library, tak sedikit pun rasa nervous.
Tersengih gelak sorang-sorang.
Ingat buat jahat sekali sekala boleh lepas.
Memang Tuhan tak bagi aku buat jahat.
Mesti kantoi punya.
Guard kat luar library, tengok aku cam suspect je.
Standby je lah.
Masuk library, straight ke kaunter tadi.
Brother tu cakap "Adik, dalam sistem tunjuk tarikh return buku ni 16 haribulan 11. Tapi kat belakang buku ni tulis harini. Macamana tu?"
Aku cakap "Saya yang tulis tu bang!" mengaku jelah bila dah kantoi, sengih lebar-lebar.
Nasib baik librarian tu tak marah. Gelak-gelak selamba.
"Kalau macam tu, kena denda lewat ni"
So akhirnya setelah puas buat muka RM1.40 mintak diskaun tetap tak dapat.
Bayar jelah RM13.
Pengajarannya:
1. Jangan buat nakal. Kecuali kau comel.
2. Kalau dah kantoi buat nakal, ngaku je lah.
3. Senyuman boleh meredakan sebarang konflik yang bakal terjadi.
4. Pulangkan buku library tepat pada masanya supaya perkara 1, 2 dan 3 di atas tidak berlaku.
5. Jom makan pisang!
No comments:
Post a Comment