Monday, November 15, 2010

Kasi Saya Masuk (Dalam Hati, Dalam Hidup dan Dalam Diri Kamu)


Aku tonton ‘Let Me In’ semalam.

Filem yang bagus dan menarik, saya memberi rekomendasi.

Tapi yang sangat menarik minatku, seperti ketika menonton filem-filem atau drama-drama lain adalah pada koleksi runut bunyinya.

Jiwa amat terkesan sekali pada satu runut bunyi pada hampir penghujung cerita.

Muziknya ‘Parting Sorrow’.

Usai menonton dan kembali ke rumah.

Perkara pertama yang aku lakukan adalah mencari runut bunyi ini. Muzik pada sela 1:35 adalah detik yang benar-benar merenggut perasaan.

Hanya saja disebabkan hati ini sebenarnya sangat geram dengan pasangan yang duduk bersebelahan.

Bercakap sepanjang tayangan. Berkomentar dan berbual selakunya di kedai kopi.

Berakal tapi kurang pada implementasi mentaliti.

Bodoh, serasa jika tangan ini cukup panjang, mahu saja aku lempang kedua-duanya sekali.

…dan juga si bangsat yang duduk dibelakang yang suka menendang-nendang kerusi sebenarnya teramat menganggu konsentrasi.

Juga yang membiarkan telefon bimbit berbunyi.

Oh bodohnya manusia-manusia begini.

Tidak terajar tatacara etika berada di pawagam. Jangan membuka kasut (busuk). Jangan membuka mulut. Jangan membuat kalut. Deringan telefon bimbit jangan disambut dan bunyinya di tukar pada nada getar.

Susah sangatkah? Atau bodoh sangatkah? Atau tidak terajarkah?

No comments:

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...