Pakcik ni, walaupun berdarah Irish Celtic Anglo-Saxon Caucasian (tarik nafas dalam-dalam Aman), tapi pakcik ni sungguhlah berlidah nusantara adanya. Banyak-banyak fastfood kat restoran di dunia ini, tetaplah pakcik menggemari makhluk sekor ni. Ni semua salah Bonda pakcik yang cantik (cam Adriana Lima) itu. Dia masak mende ni pada suatu hari sewaktu umur pakcik 14 tahun.
Rasa takdelah manis, pahit, masin, masam dan sebagainya, tapi ada keunikan rasa sendiri padanya, Umami + Savoury membuatkan pakcik jatuh hati dengan mende ni sehingga mahu menikahinya untuk menjadi suri kepada perut pakcik.
Kalau kat gerai pakcik Melayu (digelar Pakcik Kenari) nun di seberang jalan
Pakcik nampak mende ni dijual kat Giant, tapi harganya sungguh tidak reasonable (RM1.50 ke RM2 se pek) sampaikan pakcik batalkan niat nak beli (sebab pakcik sengkek). Semuanya itu berubah apabila pasaraya Hero dibuka, (memang Hero sungguh), pakcik dapati harganya sungguhlah murah, dulu RM0.80 sekarang RM0.99. Maka pakcik pun melayan nafsu serakah libido stomach crypt (Crypt of Liberkuhn) pakcik untuk menikmati menatang ni. Apakah dia?
Sahabat-sahabat Jowo ku sekalian…seasaígí suas (stand up), Hartono, Budiey Santoso, Nizamuddin (hehehe) dan Farah…marilah kita mempersilakan…
Huhuhu! Pakcik suka potong beliau seperti di bawah. Dengan prinsip rukun Negara yang
Lalu pakcik gorengkan beliau
Sekarang, siapa berani cakap sosej 1901 itu sedap? Ini dia sosej JOWO yang tiada tolok bandingannya. Nach bhfuil sé go ĥálainn? (isn’t it lovely?)
Tapi pada suatu hari pakcik menduakan cinta beliau dengan ini
Sehingga mereka berdua menjadi ini
Anois, East meet West.
Dicicah pula dengan ini (resepi cicah hasil tunjuk ajarku sifu Aman, makasih!)
Tapi itu untuk cicah
Adilkah pakcik dalam memadukan mereka berdua?
Bak kata my half-sister, Rachel Ray “Yes everybody, that’s for dinner tonight!”
No comments:
Post a Comment