Wednesday, May 20, 2009

Digital Library @ Projek Tanaman Kecil-Kecilan

Isnin lepas (18hb Mei) selepas selesai buat subjek preregistration, aku pun pegi ke library kononya nak sambung study for midsem paper First Aid. Duduk lah kad individual cube table tu kan. Masa nak hulur kaki, tetiba terpandang fenomena menarik kat library itu. Hajat aku nak study pun tertangguhlah jua. Kerana aku busy nak snap-snap gambar ni. Gambar apa? Tengok sendiri.


Subur je kat bawah meja tu, projek tanaman cendawan ke?

Rasa-rasanya berapa toxic index yang diperlukan per kilogram body weight per body fat percentage yang diperlukan untuk meracun kak jebon tu?

Nampak je macam sedap, kot-kotlah beracun mcm dlm cerita Shroom tu.

Agak-agak kalau kita goreng tepung, bagi kak jebon makan mesti dia makan dengan penuh pelahapan kan?

Tak sangka digital library tersebut rupa-rupanya membuat projek tanaman cendawan. Apakah analysis aku yang pessimis ini? Jawapannya, librarian-librarian kat situ memang suka goyang kaki, sampai cendawan tumbuh kat library pun mereka tak perasan. Nampak sangat dorang ni jenis tak ambil tahu kebersihan library tu. Silap-silap haribulan nanti, kalau korang tanam padi kat library tu, musim menuai pun dorang semua tak perasan taw. Pasang scarecrow halau burung pun dorang tak tahu. Kalau aku jahat, aku tanam pokok ketum dan pokok popi, pas tu bila dah tumbuh, aku call jabatan narkotik biar dorang semua kena berkas. Hehehe…jahat tak aku?

Pengajarannya di sini, jangan suka goyang kaki bila ko dibayar gaji untuk kerja. Masa interview tu korang minta apa? Mintak kerja kan? Dah dapat kerja, apsal goyang kaki? Lebih baik korang mintak goyang kaki masa interview dulu, tapi sah-sahlah korang kena reject. Dapat pulak kakak kaki bergayut dan melantak macam kakak jebon tu, mengabiskan duit aku je bayar yuran library. Hanjeng!

1 comment:

Anonymous said...

nak nak lagi akak yg x suke senyum tu..
sian ek, muka lawa, tapi asik berkerut je muke..byk makan asam kot..
marilah kite sesame memanis kan muka...

-hny

nuff.nang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...