Sunday, December 27, 2009

IPR – Ini Pusat Rekreasi

Minggu terakhir di IPR terasa bagai baru semalam kami dilanda kejanggalan hari pertama. Ketika hadir seawal pagi di lobi utama untuk melapor diri. Waktu tu, baru mula-mula nak berjinak dengan stethoscope dan kat poket terisi dengan Oxford Handbook of Clinical Medicine atau Kumar & Clark. Waktu mula-mula kita sangat peka untuk menulis segala macam benda yang baru dipelajari.

Kini hampir segala pelusuk IPR telah diterokai. Macam-macam ragam dah jumpa.

  • Port mana untuk tidur? Library dan surau.
  • Port best tangkap gambar? Dewan Angsana.
  • Di mana untuk makan murah dan selesa? Kantin asrama jururawat.
  • Tandas mana yang lebih selesa? Tingkat dua dan tandas surau.
  • Ward mana yang best lepak? Ward 6, cubicle 1, bed 1 hingga 6.
  • Lightbox mana yang best nak diguna? Bilik Dr. Aishah, ward 4.
  • Pantry mana yang best untuk lepak? Ward 4.
  • Doktor mana yang best untuk join round? Dr. Ng dan Dr. Mustafa and of course our beloved Datin.
  • Mana nak beli jajan @ cekedis? Gerai auntie gemuk dan Caltex shop.
  • Staf nurses paling best? Ward 6.
  • Sister paling best? Semua kecuali ward 5.
  • Patient paling best? Makcik Patchiamah dan Makcik Salamah dan patient saya, Surtina.
  • Patient XDR-PTB terbaik (tapi dimenyampahi oleh semua doktor dan nurse)? Encik M
  • Doktor yang tetiba jadi best? Dr. Chandramukhi…heheh Dr. Chanta.
  • Nurse paling best? Nurse Sasi (ACC).
  • Doktor paling best? Our beloved Datin Dr. Aziah.

Di IPR kita telah merasakan bagaimanakah kehidupan harian seorang doktor. Sanggupkah kita menjalani hidup yang melalui rutin yang sama setiap hari sehingga hati kecil berkata “Kalau macam ni lah bosannya jadi doktor, better aku (isi tempat kosong)”. Kita telah mula merangka-rangka alternative lain sebagai simpang yang akan diambil. Ada yang akan tegar bergerak ke hadapan, merasakan inilah yang mereka mahukan. Ada yang berfikir langkah seterusnya adalah…

Selepas sebulan berkumpul bersama di IPR, mulai bulan depan (tahun depan) group akan mulai berpecah dua mengikut anatomi dan physiology memasing. Siapa yang kencing berdiri dan berurethra panjang, akan pergi ke Unit Forensic, Serdang. Sebaliknya akan dihantar nun jauh di Kelantan untuk Surgery. Huhu... maka drama pun akan bermula. Drama dan sesi penganyaman ketupat pagi-pagi dan senjakala akan menjadi kurang meriah. Semakin kuatlah rindu Nizam kat Eni. Owh…huhuhu

Hmm…apakah yang bakal menanti kami di tempat baru kelak? Semua tu akan terjawab tidak lama lagi. Group homo sapiens-ness akan memulakan sesi mereka pada ahad depan selepas travel jauh naik bas ke Hospital Kota Bahru. Yang pasti semua orang akan merindui IPR dan cermin besar di lobi tersebut. Bak kata pepatah, “You don’t know what you get til’ it’s gone” dan Mick Jagger juga berkata “You can't always get what you want.”

Walaupun ada masanya kepahitan terasa. Berselisihan sesama sendiri dan ditengking doktor-doktor, itu adalah salah satu dari pengalaman yang kita harus terima sepanjang tempoh pelajaran. Bukan sekadar akademik, tapi pengalaman hidup secara amnya. Dari sini, bermulalah detik-detik akhir kita akan mulai bergerak ke arah matlamat sendiri.

Pengajaran yang diperolehi di IPR
  1. Jangan gelak depan patient tanpa menerangkan kepada mereka tentang apa yang digelakkan.
  2. Kalau patient kata “Nak pegi tandas!” jangan kau sibuk nak auscultate dia, kang kena lempang manja.
  3. Wanita yang berada di tepi tingkap itu bukan angker? Dia adalah bini pakcik itu.
  4. Jangan terangkan prognosis dan pathophysiology patient selagi doktor sendiri tak cakap.
  5. Jangan percaya sangat cakap patient.
  6. Gunalah buku Tally O’Connor sebagai standard book medical student di Malaysia.
  7. Membaca X-Ray dan CT scan tidaklah sesusah mana.
  8. Mantoux itu disebut ‘mantu’ bukannya ‘mentox’ atau ‘mantuks’.
  9. Inhaler itu bukannya oral medication yang ditelan.
  10. Patient yang takde TB kalau ambil TB medication kesannya sama dengan patient ada TB. Itu adalah common sense. Bak kata, kalau patient ada TB makan cili rasa pedas, sama jugalah dengan orang biasa.
  11. Sleep study tak buat malam Sabtu.
  12. Belajarlah percuss dengan berhemah.
  13. Apex beat itu susah nak cari. Siapa yang claim dapat cari dengan mudah bermakna dia ikut statistical location 5th intercostals space, midaxillary line. Tapi manusia bukanlah dicipta berdasarkan statistic. Look for the odd.
  14. A/E = Air Entry. DRNM = Dual Rhythm No Murmur. O/E = On Examination. K/C/O = Known Case Of. TRO = To Rule Out. ICT = Intra Chest Tube. Manakala SOB itu adalah...hehehe
  15. Kalau jadi Houseman atau Medical Officer kelak, silalah jangan kerek sangat. Specialist dan Consultant pun lebih friendly dari korang tau.

Ini mungkin posting terakhir sebelum masuk ke tahun baru. Oleh yang demikian, Selamat Tahun Baru Hijrah 1431, Selamat Tahun Baru Masihi 2010. Kalau korang poyo, korang buatlah azam baru. Tapi aku tetap memegang kata-kata…

“Start by realizing that you have the power at any given moment to change anything in your entire life simply by DECIDING TO DO SO”

Jumpa di tahun depan…

Friday, December 25, 2009

Sol Invictus for J



Takde kena-mengena dengan tajuk blog

Nak post apa sebenarnye nih?..DEATH

Tadi masa balik dari masjid, nampak sekor kucing yang telah selamat dilenyek. Kalau dulu, sebelum jadi medical student, mesti aku tangkap leleh kesian kat kucing tu. Tapi, bila kita dah hantar borang pendaftaran jadi medical student...that is when you actually submitted your sensitive soul...lepas tu, anda akan menjadi manusia paling hardcore giler.

Tapi masa dengar khutbah tadi, sempat juga tulis serangkap puisi (yang tak best) untuk kucing tu.

Ia pernah hidup,
Pernah melangkah dan berlari,
Bernafas dan terkadang menari,
Sehinggalah tiba suatu hari,
Langkahnya khilaf mengakhiri,
Riwayat epik diri.

Kini ia sekadar bangkai di pinggiran,
Menanti reput di panas dan hujan,
Terpandang dan terkasihankan,
Mamar daging berkeping di jalan.

Ia pernah hidup,
Disayang dan dicintai.

Semalam dan hari ini adalah tentang KEMATIAN. Awal-awal pagi semalam. On the way nak pergi ward 3, tengok kat luar wad ada ramai je orang. Aku dengan spontan cakap "Mesti ada patient yang mati!", tak disangka-sangka, telahan itu benar belaka. Patient tu kitorang pernah observe dia punyer pleuroscopy. Mana boleh lupa fountain yang mencurah-curah dari thorax cavity dia. Hmm...

Semalam juga kami bercerita dengan family seorang patient yang dimaklumkan hanya ada tiga bulan untuk hidup. Sehebat mana pun ilmu kita, mana boleh lawan kuasa Tuhan. Kita tak boleh jangka bilakah ajal seseorang tiba. Kepada seorang patient, bagi prognosis macam tu ibarat dah menjatuhkan death sentence kat dia. Memadamkan keinginan mereka untuk terus hidup.

Semalam juga sewaktu balik nak tunggu bas, ada kemalangan maut tidak jauh dari tempat menunggu. Seorang pemandu motorsikal mati di tempat kejadian.

So tell me, what is so Merry about today.

Saturday, December 19, 2009

Sekadarnya


Iklan untuk Nizam


Tak tahu nak tulis apa,
Dalam hati tengah bimbang,
Dah lama tak tulis Clinical Diary,
Tak start buat long case lagi,
Baju keja tak iron lagi,
Kat mana nak buat praktikal lepas ni?
Apa nak buat lepas dah habis praktikal?
Mana nak dapatkan pinjaman?
Boleh ke nak fly?
Kalau tak bley fly nak buat apa?

Kalau aku berkata nak post sekadarnya,
Bermaksud soalan adalah sekadar ada,
Tapi jawapannya menuntut penjelasan berjela-jela,
Owh...

Thursday, December 17, 2009

Ini Adalah Hari Yang Baik, Tahun Baru Yang Baik


Hujung tahun 1430 Hijrah ni adalah pengakhiran tahun yang baik. Banyak benda yang best berlaku. Tapi yang paling best adalah kemenangan Malaysia mengatasi Vietnam dalam perlawanan bola sepak akhir sebaik sahaja masuknya 1431 Hijrah.

Walaupun sekadar dapat pasu, tapi yang lebih bermakna adalah ucapan tahniah dari Mak dan Bapak. Romeo dan Juliet berdua itu mempunyai kuasa telepathy yang hebat. Call pada waktu yang sama. Mak call dari rumah. Bapak pula call sewaktu on the way balik kampung (<-- besar lesen bapak aku ni, dah lah drive keta cam pelumba Nascar).

Yang lucunya, baru je nak tekan butang answer call dari mak, call bapak masuk overlapping. Bapak call sambil drive (<-- jangan tiru aksi ini), so dia tak boleh cakap lama-lama cuma 35 saat jer. Lepas hang up, tekan answer untuk jawab call mak plak. Mak aku macam biasalah persoalannya. Aku kena ulang berkali-kali jawapan bagi soalan yang aku dah jawab pasal praktikal. Rekod giler aku borak ngan mak dalam telefon selama 9 minit. Biasanya, tak sampai 2 minit. Aku memang tak tahan bila mak start guna moto “Mak doakan kau berjaya, cemerlang, gemilang, terbilang sentiasa,” yelah mak aku peminat Tun Abdullah Ahmad Badawi. Aku amin kan. Doa ibu tu, makbul sangat.

Mak aku belum hint-hint lagi cakap “Mak doakan ko bertemu jodoh yang baik,” so paham-pahamlah maksudnya mak aku belum sedia nak bermenantu. Kalau dia nak sangat pun, pi suruh abang aku kahwin dulu. Biarlah mak dan adik perempuan aku, Nana je wanita dan perempuan penting dalam hidup aku masa ni.

Beberapa hari lepas, Nana SMS bagitahu yang dia dapat nombor 3 dalam kelas tingkatan 2 sekolah menengah agama dia tu. Alhamdullillah. Siap tagih hadiah kat aku sebab aku cabar dia masa dia dapat nombor tak best masa form 1 haritu. Hmmm…nak belikan ape ek?

Tak cukup dengan tu, dia minta aku add dia kat Facebook. Hehehe…lepas nih, meh sini aku nak sekeh budak mana nak ngorat adik aku kat FB tu.

Bila mak saya jegil macam nih, bermakna kau harus bentang sejadah.

Habislah lepas ni aku kena berbudi bahasa dalam Facebook. Sebab kalau kat rumah dengan family, perkataan paling keji yang aku pernah cakap adalah ‘monyet’ dan ‘pemalas’. Trylah cakap ‘bodoh’, nescaya melayang sudip dari dapur hinggap ke rusuk kiri. Tak cukup dengan tu, kau harus membuka sejadah sambil mendengar mak berkhutbah bertajuk ‘Kepentingan Penggunaan Bahasa yang Elok di Rumah’ (yelah, mak kan cikgu bahasa Malaysia)…pas tu ko nangis insaf dan bermuhasabah. Tatabahasa mesti sopan, sebab mak aku selalu cakap sejak kecil lagi, “Cakap benda elok. Kalau mak dengar cakap tak baik, mak cili mulut,”. Sewaktu Nana lahir, mak emphasize lagi kata “Jangan cakap benda tak elok, nanti adik ikut,” So kalau kat rumah, vocab aku automatic tukar jadi vocab orang mulia. Kat Shah Alam ni jelah aku best marathon menyembur-nyembur, kat rumah ko simpan tatabahasa keji tu dalam Broca’s dan Wernicke areas. On the way balik Semenanjung, ko seranahkan pakcik yang suka tendang seat ko dari belakang kat atas flight tu untuk melepaskan segala ketagihan.

By the way…

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431. Salam 1 Muharram. Meh baca doa



Wednesday, December 16, 2009

Saya Tidak Mencuba Menyukai Manusia Gedik


Helmy, jangan jadi gedik bley?
Saya...
...dan manusia gedik,
Tidak memahami,
Dan tidak pernah mencuba,
Untuk berbaik-baik,
Kerana manusia gedik,
Mencetus refleks emesis.

Saya...
...dan manusia gedik,
Tidak ada jalan damai,
Dan tiada tempat untuk berhenti,
Mahupun titik mulai,
Untuk menyukai.

Saya...
...dan manusia gedik,
Tidak akan boleh,
Berhenti.
Membenci.

Monday, December 14, 2009

Saya Bukan Haiwan Sosial


Saya adalah manusia kompleks,
Yang cuba menjadi brief dan simple,
Tapi dalam percubaan menghuraikan macromolecule,
Saya sebenarnya telah menyulitkan lagi,
Struktur keberadaan diri.

Saya cuba menjadi mereka yang 'fit in the crowd',
Tapi saya rasa it doesn't fit with me,
Akhirnya saya mencipta conflict antara diri and others,
Lalu saya tidak menyukai diri sendiri lagi,
Saya berbaik dengan diri sendiri dan setuju menjadi total misfit.

Saya ada tendency untuk tidak peduli,
Dan kadang kala terlalu analitikal,
Ia tidak membantu saya untuk survive,
Apatah lagi menjadi vulnerable.

Saya terbentuk untuk wujud,
Bukan untuk siapa-siapa atau untuk apa-apa,
Cuma sebagai manusia yang melewati ruang masa,
Sehingga masa untuk luput tiba.

Saya tidak gemar berada di fasa perhubungan manusia,
Mungkin belum boleh ber'adaptasi' lagi,
Saya terlalu obses dengan diri sendiri,
Tentang ketidaksempurnaan dan flaws.

Saya bukan haiwan sosial,
Saya hidup untuk mandiri,
Berharap untuk survival,
Tanpa perlu menyusahkan sesiapa,
Tapi saya sangat tidak kisah disusahkan,
Tanyalah apa saja,
Mintalah pertolongan apa saja,
Jika saya mampu,
Saya akan jawab dan bantu.

Saya tidak suka dependent,
Kerana dependency membuatkan saya lemah,
Dan manja.

Saya bukan haiwan sosial,
Adalah manusia kompleks.

Sunday, December 13, 2009

He is a Dying Man, They Are


This week, lots of things happened. It is soothing to watch someone admitted to ward for a simple sleep study. But getting to know those who are in their worst shape, broke our heart piece by piece.

There is a guy who got admitted for bronchiectasis. There’s not much medicine can do to him, he’s waiting for lung transplant. Given that Malaysian isn’t too keen to donate their organs; his chance are close to zero. The last lung transplant ever succeeded was two years ago. And then there was a girl who is dead of sepsis after heart lung transplant. It’s pretty much a guillotine has been dropped on him. All the doctors can do is managing his symptom, give him antibiotic put him on oxygen while he grows frail and unsure of his future. He is just 30 year old. He didn’t know his fate yet.

There is a guy who blamed the system for his current condition. How he ended from a simple SOB to bedridden. He is the first patient I clerked. I remember his word of wisdom “Pakcik bukan apa, minta maaf pakcik cakap. Sebagai doktor, janganlah aniaya orang tua macam pakcik,” at that time I was so sure that the system broke him. But the ethic of medicine prevents me from pointing out other doctor’s fault until it was proven. I nodded and I clerked. Last night I found out that he is chronic user of steroids for years and that is the reason why he was susceptible to infection. And he is possibly RVD positive. The truth revealing the secret behind; the system aren’t as cruel as our revenging past mistakes. He didn’t know that yet, but we are pretty sure his prognosis.

There is an old man that I first met in outpatient clinic. Now he got admitted. He had a lung cancer, a prize he won for his 50 years of smoking. He learned that just days ago and I overheard him saying “Saya banyak gembira kalau saya mati,”. There’s part of me agreeing with that notion, he’s been living for 8 decades. His life is on loan. Maybe it’s better for him to find a perpetual release from this world. He has been a good man, father and husband. Just a tobacco addict. But being a student of medicine, we are in constant battle with death, admitting to one will ruin our ego. Preserving life is what made us choose this. Our aim is to maintain others’ health in higher quality even not as much as quantity.

There’s a women with devoted husband.

There’s a husband with secret sexcapade.

There’s a man with devoted wife with chest tube dangling. They hugged and laugh everyday.

These are people that appreciate a little glimpse of you everyday. They smile through their pain expecting us to bring them relief. But all we got is questions and lots of it. On how they become the way there are now. Helping them realizing their mistakes and punish themselves in their own way. Making them sicker and refuse to live till they succumbed in one unlucky day. ]

Human are highly complex being. Morbid human is the most.

Friday, December 11, 2009

Hiatus


Dari Kiri: Nizam "hear no evil",
Sepol "see no evil",
Helmy "say no evil",
Pejoi "blog evil"

Jarang sekali aku berasa kebas untuk berhiatus. Selalunya mesti rasa macam ada yang tak kena bila tak post blog. Memandangkan Clinical Training yang sangat demanding dan kapla otak pun ada angin juga banyak isi dalam, makanya entry kali ni semata-mata untuk menulis sekadarnya. Clinical Training boleh tahan bestnya, tapi kalau datang time bosan, pun agak boleh tahan juga. Macam-macam konflik ada tapi biasalah, bila dah spent masa yang lama bersama dari pukul 7 sampai pukul 5, meluat juga tengok muka masing-masing kan? Tapi muka aku juga yang mereka dambakan? Kenapakah? Cermin di lobby itu berseri-seri? Adakah sebab Helmy yang training dengan Radicare selalu membersihkannya atau adakah kerana ia bersinar tatkala memantulkan wajah yang tampan kurniaan Allah ni? Syukur. (<--tak bley riak nanti ada orang tarbiayahkan, kan Sepol kan?)

Yang penting, waktu clinical training ni lah kitorang tetiba dapat kemahiran membaca X-Ray dan CT scan secara spontan dan mempelajari bahasa wad yang hampeh. R/A itu maksudnya bukan Rheumatoid Arthritis tapi Room Air okay dan K/C/O tu bukanlah Potassium Carbon Monoxide tapi Known Case Of maksudnya. Penatlah kitorang ni nak meneka macam-macam, hanya selepas beberapa percubaan gagal akhirnya menghadap jugalah kat nurse untuk bertanya. Patient setakat ni agak co-operative, tapi tengoklah minggu depan bila semua patient dah tepu menjawab soalan. Orang tengah sakit ditanya macam-macam, tak cukup sesal dapat sakit, kena interbiu plak hari-hari, ada royalty ke mereka?

Yang paling penting, bila kita dah apply segala teori yang ada, semua benda dah tak perlu nak main hafal-hafal. Cer ko suruh Saiful ambik history (clerk) kesopakan rambut Nizam mesti dia dapat bagi ddx yang sebabnya adalah hasil kerja tangan Helmy. Bak kata kalau dulu kat A&E HKL aku tak paham maksud CLERKING tu (rujuk entry lepas), sekarang ni, doktor tak clerk lagi dan fail patient masih kosong, kitorang dah bergegas nak clerk. Tak sangka, tally rupanya info kitorang dengan MO itu. Huhuhu…makan hati…

Yang penting, kitorang juga belajar macamana nak communicate dengan patient walaupun adakalanya direject. Tetap mereka tak di-Kevorkian-kan, belajar bersabar jugalah. Tapi kat bilik doktor, tetap mengutuk mengeji kan Pejoi?...ni baru first week clerking. Lepas ni, bila dah rotate ward, haraplah kau mendapat cold shoulder. Patient dah letih nak menjawab setiap hari persoalan kita. Ko bayangkan Mael, bila kita tanya soalan “Pakcik ada berkongket dengan betina lain selain bini pakcik tak?” ko darab 31 kali, tak ke pakcik tu rimas hal dalam kain dia jadi persoalan. “Ye uncle dulu ada kudis buta kat bontot” ulang 31 kali. Stress patient kan? Lepas ni bila kita lalu je kat pakcik tu, mesti dia dah segan nak mampus. Itulah gunanya confidentiality and ethic. Kita dibenarkan bercerita tentang penyakit sahaja, tapi tentang keburukan mereka jangan dijaja-jaja.

Kuih kat kantin kat Asrama Jururawat tu sedap. Pas ni aku pasti tak makan luar.

Saturday, December 05, 2009

Musim-Musim Blog Bersawang

Gigih sungguh readers blog ni datang. Berharap ada entry baru. Meh sini aku hancurkan harapan korang. Apa kata kalau korang datang seminggu sekali atau tiap kali bulan mengambang penuh. Takdelah korang penat nak taip adress blog ni yang menyiksakan jari. Tu belum masuk kes, salah taip berkali-kali, menyumpah seranah korang dalam hati...


"Apsallah blogger hensem ni taip address panjang sangat. S
eb baik dia hensem, berbaloi-baloi jugak."


Bukannya apa, sekarang ni kan time clinical attachment. Meh sini aku cerita PATHOGENESIS kenapa blog ni dah jarang update.

bangun pagi pukul 5 --> lepas mandi, solat Subuh jap --> pas tu bersiap --> krong-kreng-krong-kreng (apakah?) --> balik rumah --> lapar --> makan --> ngantuk --> tidur (ulang dari awal sampai bebal)

Ko ada nampak dalam pathogenesis tu perkataan menulis blog? Takde kan? Makanya itulah rutin setiap hari. Berbiji-biji supplement aku telan, tetap juga aku mengantuk. Tinggal lagi stok 'ais' Nizam tak sampai lagi, kalau tak, nescaya aku tekun.

Sebenarnya tak banyak yang aku nak tulis. Sayur tu semakin lama dah semakin besar, yang kenyang kura-kura aku jugak. Sukenyer mereka makan sayur organik tuh. Aku tak rasa lagi Choy Sam dan Pak Choy tu, dorang dah makan banyak. Tu tak kira taik dorang yang menyebabkan aku kena tukar air selang sehari. Semakin lama kuat plak makan dorang ni. Ni mesti kes bosan bila tengok owner yang hensem jarang ada kat rumah. Apa citer ntah tortoise Pejoi dan Yna ye? Pejoi tu kan bleh pecaye, kang dia lapar tengah-tengah malam, kura-kura pun ditelannya. Isk---isk---isk!

Hmm...ape lagi ek? Mmm...sebenarnya aku ni tengah tunggu fail yang aku download habis. Tu yang sempat tulis blog nih. Kalau tak jangan harap aku nak tulis blog kat CC nih. Kau cakap Mael, blogger mana yang rasa bersalah kalau tak update blog? Kau ada? Walaupun yang datang baca sekerat dua, [sekerat dua? cadever sagittal section ke?]

Dahlah aku nak chow dah...